Saturday, April 18, 2009

2 nama 1 jiwa. Mahu!

pepol, salam.

hari ni rasenye terlalu penat menjadi seorang yang bernama SUWAIBAH. nonono bukan penat. tapi sudah cukup lelah mempunyai 2 watak yang berbeza.

ADIBAH RISHA vs SUWAIBAH.

ada yang mengenali aku dengan nama Adibah Risha. lalu mereka lupa aku juga adalah Suwaibah. ade yang mengenali aku Suwaibah lalu keliru, sama ada aku adalah Adibah Risha atau Suwaibah.

sama mcm waktu kita form 4 ke form 3 eh, yang kita belajar 'DR.jekyL n Mr.Hyde.' tapi tak de la aku nk cakap aku ni jahat mcm MR. hyde. aku hanya mempunyai dua nama sahaja. dan watak juga berbeza.

adibahrisha.

1.Tomboy, Ganas, Riang, mcm tak de masalah, suka ketawa, mesra.

suwaibah.

1. Pendiam, suka sorokkan masalah, sgt EGOIS, berlagak cool, n etc etc etc.

hahaha tiba-tiba lak nak cakap pasal hati dan perasaan. disebabkan aku rase cukup penat lalu aku lesu, dan menjadi sangat letih. aku hampir give up, aku sesak! nafas ku semput, lalu aku ingin meminjam bahu untuk menangis, dan ruang untuk menjerit di BLOG ini.

sakit! aku lemas kat sini. badanku seakan diikat ketat,lalu aku jadi lenguh. bila aku berdiri rasenye ketat. aku cuba berlari berat! mungkinkah aku sudah gemok? hmmm payah jugak tu.

hahah aku sungguh mahu berlari. dan pergi ke puncak untuk menjerit. aku tak suka karaoke untuk hilangkan tension kerana suara aku sungguh merdu.

aku hanya mahu menjerit. atau aku mahu naik roller coaster! seat dihadapan sekali. lalu menjerit. padahal tak lah gayat sangat. saje je nk lepas tension! ade tiket free untuk aku?

aku juga mahu makan sushi, sumbatkan seketul sushi dan aku mahu menelan wasabi! biar pedas! baru aku puas! tapi aku takut mak aku marah. sebab aku akan merengek kesakitan kerana perut ku tidak mampu menahan kepedasan!

aku mahu menunggang motorsikal. kerana aku mahu feeling merempit! aku dah bosan merempit guna kereta! sebab selalu ade speed trap! tapi aku tak punya skill dan lesen motor!

aku mahu pergi ke pusat rawatan untuk kuruskan badan. walaupun BMI aku stable. sebab? hahaha aku punye suka. tapi aku tak boleh! aku percaya tak ade ape semudah itu. nk sesuatu mesti ade usaha. Sama macam nk jadi kaya! ape tu BUSINESS MUDAH? duduk je dapat DUIT? korang ingat DUIT jatuh dr langit ke? gi la kerja!

aku rasa macam nk pukul orang! yang berbadan gempal supaya aku tidak didakwa mematah-matahkan tulang si kurus apabila tangan ku menyentuh mereka!

aku rasa macam nak tarik2 rambut lelaki! sebab? kenapa pendek sangat! tak mampu beli shampoo ke??

aku mahu semua itu. rasenya adekah aku akan happy selepas itu? lalu aku menggeleng. mungkin kerana aku sudah biase hidup dalam kepenatan dan lelah.
-FINE-

Wednesday, April 15, 2009

Every second is happening in Tarc.

salam. huhu tak sampai 24 jam, aku dah post new entry di blog aku ni. well2, harini memang happening la kat kolej aku.

tak payah pusing-pusingkan kepala. kita berdansa je ok babe. ok? ;p


booth cloud 9. they havin lot of competition harini.
one of them is ape nama permainan ni eh? dia bg kita satu kayu, lepas tu kita kne bend badan kita supaya tak kena kayu tu.


ni second winner. handsome. hehehe. opss indian ok. but so cute tau face dia.
this one is the 3rd winner. actually he's quite big, but he tried to bend his body . veri flexible. but then, he failed. sebab silap buat tanggapan. dia ingat dia buat mcm tu dia boleh terlepas la tu drpada kayu tu. hahaha...
p/s; overconfident sgt pun tak boleh. hahaha


ok, selepas tu, Dance...n Dance...Tarcian, biasela, ade ape2 pun asyik nak tunjuk talent dance meka...n yg penting, they doesnt perform clasical dance. n tadi mereka dance hmmm flirty movement. Damn2, nasib baik la kat koleh aku 90% bukan islam. kalau tak..hmmmm...faham2 jela...



mmg seksi mereka. dah macam mat salleh punye movement. bukan macam lagi la kot. sebijik. tapi enjoy la! happening.

ok selepas dance tamat, TARC mencari 'King n Queen of Sucker for 2009'!
hahaha lain mcm je kan bunyi nye. but it happen here in my college. they have to suck a bottle of water using pipe. sape yg cepat hbis, will be the King n Queen of sucker. hahaa



lelaki yg berbaju putih n kolar merah tu la our King of Sucker. lol.
ok selepas tu, time's up! me n theva have to make a move. kami ade class FOM.
n nasib baik aku beli bende di bawah ni. sebab aku memang mengantuk sungguh kat kelas. gula2 ni masam gile! huhuhu gigit je sikit, mate yg kuyu pun leh terbukak besar!





itu sahaja buat hari ini. saya, AdibahRisha melaporkan untuk berita Blogspotnya.


-FINE-



Bahasa F

alkisah. petang semalam benggang betul aku dengan Imran tu. sengaja je buat darah aku naik. penat2 aku kemas rumah sedap2 je dia g terbang-terbang n campak-campakkan baju sekolah dia dimerata-rata tempat.

kesalahan Imran :-

baju - atas piano
beg sekola- depan pintu bilik dia.
stokin-pintu utama
kasut-Luar umah.
tie- atas meja makan.
beg dompet-atas radio.
gula-gula lolipop- dalam poket aku. hehehe

tiba-tiba lak aku rase seperti mahu mencarut dan mengutuk imran dihadapan mak aku. diatas kenakalan dan kedegilannye yang melampau. secare tiba-tiba muncul la idea untuk mencarut dalam bahasa F.dimana mereka tidak tahu maksud yang aku bebelkan.

"Befengangfang befetulful lafa afakufu defenganfan imfimranfan ifinifi, bofolehfeh takfak efengkaufau cefepatfat pefergifi manfandifi, safakitfit lafah hafatifi afakufu defenganfan kaufau ifinifi! tifiapfap afakufu kefemasfas rufumahfah jefe , kaufau sefepahfahkanfan bafalikfik. pefenatfat tafaufu tak fak?!

nafasibfib efemakfak afadafa defekatfat sifinifi, kafalaufau tifidakfak afakufu dafa lafamafa cufubitfit kaufau. afapafa? kaufau ifingatfat afakufu tafakutfut kefe denfenganfan kaufau???! sifiapfap lafah kaufau, efesokfok kaufau bufuatfat lafagifi..tafahufu lahfah afapafa afakufu nakfak bufuatfat defekatfat efengkaufau!"
marah aku sambil meneruskan langkahku ke hadapan rumah untuk menyiram pokok bunga sebelum azan maghrib berkumandang..

hahaha amacam? berbelit tak lidah korang.

sejarah bahasa F.

bahasa F Bukan bahasa F*#k, ok. tapi bahasa 'F' yg aku pelajari waktu aku darjah 4, sebenarnya budaya bahasa yang kebanyakkan nye dikuasai oleh pelajar perempuan untuk mengutuk atau cakap pasal budak lelaki kelas mereka. hehehe

selepas kemunculan bahasa F, kami menemui bahawa banyak lagi bahasa yang boleh dibina selain dr bahasa F. iaitu menggunakan semua alphabet kecuali 'a,e,i,o,u'.

contoh ayat.
Aku suka makan.
bahasa B -abakubu subukaba mabakanban.
bahasa C- acakucu sucukaca macakancan.
bahasa D- adakudu sudukada madakandan.
bahasa F- afakufu sufukafa mafakanfan.
dan seterusnya.

mempelajari bahasa F.

tiada ape yang mustahil. senang je. lets do some exercise. lol

jika nk buat ayat menggunakan bahasa F contohnya, kita perlu lah menambahkan f disetiap penggulangan huruf dan bunyi yang dipisahkan..

contohnya :-
a ku = a Fa ku Fu.
sa yang = sa Fa yang Fang.
di a = di Fi a Fa.
Di am = di Fi am Fam.
Na si = na Fa si Fi.
e sok = e Fe sok Fok.

taktik dan cara yang sama juga digunakan untuk bahasa-bahasa huruf yang lain.

selepas mempelajari procedure2 bahasa F, cubalah translatekan dialog aku diatas.

selamat mencuba.

AMARAN !

amalam bahasa ini sudah agak kuno. jangan salahkan saya kalau anda dikatakan ketinggalan zaman menggunakan bahasa ini. hahahaha



-Fine-

Sunday, April 12, 2009

2009 Tahun berkahwin.

what a sunday! setiap ahad je, kami pergi bayar saman. kat kotak surat atas piano belambak dgn kad-kad jemputan perkahwinan. kadang-kadang aku fade-up jugak kena pakse follow parent aku pergi majlis kawen. sejak kebelakangan ni. kenapa la pulak nak paksa-paksa aku ikut mereka? tak faham. ade time aku skip, bagi alasan kenapa tak nak ikut..last week parent aku attend 2 wedding. satu family belah bapak aku lagi 1 lak belah family mak aku. alasan aku tak nak ikut ialah tiba-tiba tak selera makan nasi minyak. hahaha.

tapi minggu ni aku tak leh skip. aku kne attend 4 wedding pd hari ahad, 12 Apri 2009l.


1. wedding cucu nenek yang jaga aku waktu aku kecik dulu.

seawal jam 11.30 kami dah terpacak di Kg. Pandan. orang masih sikit. lepas sempat beramah mesra dengan mereka-mereka yg mengenali aku waktu kecik, kami pun beredar ke balakong.


2.Wedding ank jiran ayah aku kat kg.

Balakong. area The Mines. wat a day, memang ramai gile org. n kebetulan tema mereka Ungu same dgn baju kebaya yg aku pakai. hahah. habis. kepada ibu-ibu yang mempunyai anak lelaki dan berkenan selepas melihat sy, sila isi borang yah. lol.


3. weding anak buah Cik Rasi.

balik ke Gombak semula, kali ni di rumah atuk aku. ahhhh Oh tuhan ramai gile orang. siap kena bahan lagi dengan kawan atuk aku.

'uncle,im still young laaaa...tooo young to get maried.'


4. my best friend wedin.

ahahah ni cerita bangon pagi tadi, aku tau mak aku leh guna cara ape sahaja untuk kejutkan aku. tapi kali ni aku tak sangka mak aku serious.


'Bah, bangon.' 3kali. sebab aku tak bagi respon.hahah

'hmmmm..' pendek.reaksi aku bila mak aku da start nak bagi hadiah 'penyepit ketam' dia.

'siapa tu name kawan ko.....blablabla.....' aku tak dgr. sebb rasenye time tu aku masih mimpi lagi. yang aku dgr perkataan

'dia KAWEN harini.' aku malas nak fikir. sebab tak de sape2 inform aku kawan-kawan terdekat aku nak kawen.

'bangonlaaaa..dengar tak ni. kawan ko kawen harini.' aku tau ni taktik mak nak bangon kan aku. hahaha. tutup je mate. sure tu taktik!

'kawan siapa? mana ada kawan kita nk kawen la mak. menipu je.' rengek aku. baru pkul 7.35 bagi la chance aku tido genap sampai pukul 8 pagi. sunday morning pe.

'sape nama wati. wati tu laaa...selalu datang depan rumah kita ni.' wati? wati mane?

'wati mana?' rasenye waktu tu aku masih tutup mata. hahaha

'mak tak tau mana kad kawen dia pergi. hari tu nampak atas Tv. ala...kawan ko mase form 2 tu laaaa...dia kawen harini. tadi mak cik dia yang bagi tau mak.' terus mate aku celik n terduduk. biar betul. rasenye aku jumpe dia selasa lepas, dia datang rumah mak cik dia kebetulan depan rumah aku.

'rusmawati ke?' aku terus bangon cari kad kawen yang mak aku sebut tadi tu. aku tak percaya kawan aku nak kawen. biar betul. cepat nye jodoh dia .





nasib baik aku sempat pergi beli hadiah. lepas balik dari balakong tu kami sempat berhenti kat the Mines. beli something utk Rusma. n aku doakan dia happy dengan suaminya. dan berkekalan sampai bila-bila. amin.

walaupun aku masih terkejut. but jodohkan nak buat macam mana. awal ke lambat ke terpulang kepada takdir dan nasib kita. kepada anak muda-anak muda diluar sana. tunggu la giliran anda. esok lusa kita tak tahu siapa yang akan kawen dulu.

hehhe. oh cz me lambat lagi. kot. cuz mak cakap.

'yela, skang ni kau tak de 'mambang'. nanti da ade mambang sibuk nk kawen cepat.'

hahahha mak...mak....don wori, sebelum kawen, panjang lagi wish list aku. termasuk pergi menunaikan ibadah haji dgn family aku. Insya-ALLAH.

Saturday, April 11, 2009

Terselak Kertas Semalam

bile aku mula kan satu cerita aku selalu tulis. semalam....yesterday. bukan niat aku membandingkan hari semalam dengan hari ini. tapi kenyataannya, memang hari semalam tidak sama dengan hari ini.

semalam, cerita ku sedih.
semalam, jalannya bahagia.
semalam, aku jatuh cinta,
semalam, hati aku punah,
semalam, indah-indah,
semalam, hancur kecewa,
semalam, senyum ketawa,
semalam, menangis hiba,
semalam, malam,
semalam, siang!


hmmm, aku bosan dengan jalan cerita yang sama. setiap kali ingin aku selak muka surat yang baru, kertas ku kosong. Bukan pen ku yang melakar cerita-cerita indah didunia. lalu ku biarkan hidup ini seolah sebatang tiang elektrik. tegak berdiri. menyalurkan tenaga elektrik ku pada yang memerlukan. bila angin meniup dapatku rasakan bayu. tetapi tidak ku sama berhayun seperti lalang. tidak aku gugur seperti daun kering. aku tetap berdiri. kaku.
kadang-kadang ku mahu tersungkur jatuh. berlari laju, melangkah setapak ku inginkan perasaan gembira ketawa terbahak-bahak. mahu juga menangis berguling-guling. tapi jiwa ku kosong. salah apa ya? keras benar. ingin ku ketuk-ketuk pintu gate hatiku. biar lentur. seperti rebung bukan buluh. tegas ingin ku lembut-lembutkan seperti adunan cheese cake. ketat seperti ingin ku longgarkan nat-nat supaya skru itu tidak mengetatkan emosi ku.
huh, hampa. bila aku jatuh aku tersungkur. ramai yang ketawa. aku masih duduk menanti tangan yang mahu menurunkan sikit kedudukannya biar setaraf dengan ku, bukan memberi bantuan atau simpati. hell, aku bencikan simpati, aku hanya mahukan erm erm erm...aku tidak mahukan apa-apa. hanya mahukan tangan yang dihulur membantuku berdiri dan bersedia melangkahkan kaki lalu menjadi dakwat hidup ku. kerana sebelum ini kertas ku kosong. dan aku mahu dia jadi dakwat ku, dan melakar sesuatu dikertas itu.
mungkin lakaran . . . [dot dot dot]
to be continue....

Wednesday, April 8, 2009

luka-luka di Dim sum yg sempit!

pg semlm dicollege library. on9. tangan kiri aku terkena bucu comp.table tu sampai bergaris n berDarah. waaaa bleding blub...blub...blub...

lepas tu ptg tu kat rumah. my mom callin me n ask me to kluar kan a plastic of prawn kat freezer. tau la bile bende da masuk freezer sure keras punye kan...aku da try banyak bende da nk kluarkan plastik prawn tu.payah bebenor.

lepas tu aku terpakse la kluarkan 120% tenaga aku tarik plastik prawn tu sampai ter-scretch udang tu kat tangan kiri aku. n ade 4 garisan kecik kaler merah. ahhhh berdarah lagi! sakit kau...

mlm tu, aku n mak aku kat kitchen.

"masak pe harini?" tnye aku kat mak yg tgah nk kukus corn.

"something. kau kan tak nak makan dinner, so kalau mak cakap pun kau bukannye nak makan pun. jz wait n see la."

"alaaaaa....bagi je la tau nk masak pe..."gesa aku. tu pun nak rahsia. nnti aku tau jugak.

"Dim sum." tibe2 mate aku bulat.

"Dim sum? waaaaaaaa...tak pe, mlm ni kita cancel diet. esok sambung lagi. hehehe." da lame aku tak mkn dim sum. jeles tgok collegemate aku makan non-halal dim sum kat college.

kitaorg masak Dim sum Prawn, with potato salad, plus got sweet corn, sosage, n some soup. hmmm walaupun tangan aku sakit. tp ghile perut aku full mkn dim sum. hehehe
_______________________________________________________________________________________

selasa. 7.15 pg.

iron room.

"Intan, turunkan la sikit sluar tu, kat luar tu tak banjir laaa."

"alaaaaa..mcm mana nk turunkan, ni da sempit." berkerut dahi aku. 'sempit?' lalu intan cube utk turunkan sedikit seluarnye.

"bukan sempit la intan! singkat! aih, cepatnye singkat sluar sukan tadika dia. minggu lepas ok je akak tgok."

"mana la aku tau. dia sempit ni, da tak boleh tolak bawah daaa."marah intan dgn muke gelisah dia. hmmm bdk ni, ayat tonggang langgang. semuanya salah konsep.

___________________________________________________________________________________

7.45pg. garage.

"intangggg....cepat ahhh lambat ah ngkau ni ouhhh." jerit aiful, kazen aku yang sebaya dgn intan.

"eh intan, kau nk ikut paizsh ke babah aipul?"

"paiz, epung, cube tgok sluar aku da sempit, sluar kau tak sempit...."

"eh intang ......" aku da mls nk dgr budak2 ni berbual. auta semua tu!

masya-allah kibut jadinye pagi ni. mmg bukan pagi ni je, setiap pagi rumah aku mcm stage konsert dgr 3 org budak ni menjerit2. mcm la semua orang pekak. kalau cakap tu mcm nk announce kat semua org.

Monday, April 6, 2009

marching Band in my intestine.

oh God... lapar nye pg ni. let c ape yg aku mkn smlm :-

pg (around 11.30) mkn roti canai at mamak OTK.
tgah hari (around 4 or 5 pm) bihun goreng. separuh pinggan, separuh lg, imran mkn.
mlm (about 11.00) mkn angin!

ahhhhhhhh..lapar2...mau mkn tp mau jg badan juga, adeyh aneyh...tetibe lak pagi2 ni aku teringin mkn nasi briyani. ohhhhhh TUHAN. gulp.

pg2 da tercegat kat kolej. kononnye nk study kat library, masuk library, on9. bengggong sungguh.

da la tak amik breakfast. nk amik lak, mknn tak halal kat kantin tu. takkn pg2 nk makan PAU PORK!

eh. tamau2.

klo la aku ngn best2 fren aku time skol2 dulu sure aku tak kelaparan. cz kami KUAT MAKAN! hmmm... lapar la. Hungary tau. =(

mak ckp : tula..lenkali jgn diet. org soh mkn dinner tamau.
bapak ckp : time mkn, MAKAN!
imran ckp : kakak, kau da gemok!
Intan cakap : kakak, kurus nye....(bodek aku, takut mlm kang, aku tak buatkan dumex dia!

Wednesday, April 1, 2009

satu langkah puisi

satu langkah,
kehadapan cerah,
kebelakang gelap,
tirai ku selak,
lalu cahaya itu silau.


kecil,
bukan lagi yg kerdil,
nyaring,
bukan lagi yang bisu,
lalu langkah kaku.


selangkah lagi,
maju lalu jatuh,
berdiri aku,
namun deras,
dihempas ombak.


sakit,
bukan lagi luka,
berdarah,
lalu makin parah,
jiwa ku pasrah.

kasih diberi,
lalu pergi,
disambut cinta,
renyai dimata,
jatuh lagi.


rindu seksa,
indah dimata,
merobek jiwa,
sempit!

berjalan lagi,
datang pergi,
berlari-lari,
lalu berhenti,
senyuman.


originally written by,

adibahrisha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...