Saturday, April 11, 2009

Terselak Kertas Semalam

bile aku mula kan satu cerita aku selalu tulis. semalam....yesterday. bukan niat aku membandingkan hari semalam dengan hari ini. tapi kenyataannya, memang hari semalam tidak sama dengan hari ini.

semalam, cerita ku sedih.
semalam, jalannya bahagia.
semalam, aku jatuh cinta,
semalam, hati aku punah,
semalam, indah-indah,
semalam, hancur kecewa,
semalam, senyum ketawa,
semalam, menangis hiba,
semalam, malam,
semalam, siang!


hmmm, aku bosan dengan jalan cerita yang sama. setiap kali ingin aku selak muka surat yang baru, kertas ku kosong. Bukan pen ku yang melakar cerita-cerita indah didunia. lalu ku biarkan hidup ini seolah sebatang tiang elektrik. tegak berdiri. menyalurkan tenaga elektrik ku pada yang memerlukan. bila angin meniup dapatku rasakan bayu. tetapi tidak ku sama berhayun seperti lalang. tidak aku gugur seperti daun kering. aku tetap berdiri. kaku.
kadang-kadang ku mahu tersungkur jatuh. berlari laju, melangkah setapak ku inginkan perasaan gembira ketawa terbahak-bahak. mahu juga menangis berguling-guling. tapi jiwa ku kosong. salah apa ya? keras benar. ingin ku ketuk-ketuk pintu gate hatiku. biar lentur. seperti rebung bukan buluh. tegas ingin ku lembut-lembutkan seperti adunan cheese cake. ketat seperti ingin ku longgarkan nat-nat supaya skru itu tidak mengetatkan emosi ku.
huh, hampa. bila aku jatuh aku tersungkur. ramai yang ketawa. aku masih duduk menanti tangan yang mahu menurunkan sikit kedudukannya biar setaraf dengan ku, bukan memberi bantuan atau simpati. hell, aku bencikan simpati, aku hanya mahukan erm erm erm...aku tidak mahukan apa-apa. hanya mahukan tangan yang dihulur membantuku berdiri dan bersedia melangkahkan kaki lalu menjadi dakwat hidup ku. kerana sebelum ini kertas ku kosong. dan aku mahu dia jadi dakwat ku, dan melakar sesuatu dikertas itu.
mungkin lakaran . . . [dot dot dot]
to be continue....

10 comments:

joegrimjow said...

sambunggggg

adibahrisha said...

tade sambungan la joe. mmg i gantung stori tu. i nk org fikir sendiri ape lakaran yg i mahukan....

Mr.shari said...

tgah fkirkan,hehe
thnks follow,follow u bck:]

adibahrisha said...

welcome

Mitsuo said...

erm, bercakap tentang semalam, saya teringat pula lagu The Beatles yang bertajuk Yesterday. cubalah dengar.. :)

adibahrisha said...

i tau. waktu i form 5, teacher kita org soh hafal lagu yesterday utk cepat ingt ayat past tense.

"why she had to go,
i dont know she wouldnt say..
i said something wrong
now i long for yesterday..~~~"

the beatles. -yesterday-

joegrimjow said...

nak akwen gak r 2009

adibahrisha said...

nk kawen ngn sape? hahah

Syazwi said...

good post
^_^

Syazwi said...

good post
you are good with words
^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...