Friday, May 29, 2009

Moyang Vs Cicit.

heylo pepol. how how how? da habis gelakkan aku pasal donut aku? sekarang ni stop2 la gelakkan aku. korang jangan terkejut one time nanti aku bukak kedai donut. Macam dunkin Donut tuuu.. tunggu je laaa...

Post aku kali ni ialah berkisar tentang 'Moyang vs Cicit'. Korang mesti terkejutkan aku masih ade moyang. untuk pengetahuan korang moyang aku masih sihat walafiat. alhamdulillah. aku memiliki 3 moyang. 2 moyang dari belah mak aku. dan 1 moyang dari belah ayah aku.

  • Moyang aku dan adik saudara aku.

MOyang aku yang Fan Man Utd ni, MOyang belah mak aku. Rawi namanya. dia ni sangat la rajin. dan yang paling aku suka tentangnya ialah, dia kaki bola macam aku. hahaha. cakap la apa sahaja perlawanan bola. dia memang tak pernah tertinggal untuk komen dan tonton perlawanan tu.

Well hari ni aku nak cerita tentang MOyang aku yang merajuk dengan kekalahan Man utd pd 2 hari lepas. hohoho kesian dia merajuk. mogok tuuu tak nak cakap dengan orang. ni semua gara-gara jersi merah yang kononnye ada 'ONG' bagi moyang aku.
Tadi pukul 10malam aku kerumahnya. nak tengok dia merajuk lagi ke tak. dia sedang duduk bersama nenek saudara aku diruang tamu.

"Wa, macam mana Man Utd da kalah. Wa ok ke?" tanya aku. 'Wa' bermaksud 'Atuk dalam bahasa Bawean, Indonesia.

"Entah la...Barca tu main tipu. Macam mana dia boleh menang." Wa masih tak puas hati.

"Dah la tu Wa, da kalah nak buat macam mana. Nanti2 menang la lagi. Barca pun power la Waaa.." Aku cuba memujuk. Tapi dalam masa yang sama aku tetap sukakan kekalahan Man utd. hahaha [ gelak jahat ]

"Maaareh kalau kalah lagi bah, Wa nya ni asyik susah hati sebab Man Utd kalah aritu." kata nenek saudara aku. [maksudnya, habisla kalau tak menang lagi, nnti dia asyik susah hati je.]

"Nanti ada bola lagi Chelsea lawan Everton." kata moyang aku. aku tergamam. Mak aih..power gile orang tua ni. aku pun tak tau ade match chelsea. dia boleh tau. power2.
"Dah la pergi balik. kau layan wa ko cakap pasal bola, sampai esok pagi takkan habis. Wa kau ni macam Wartawan bola. semua dia tau." Aku senyum pada nenek saudara aku. haha betul jugak tu. Moyang aku da dia stat cakap pasal bola, susah pulak nak diberhentikan.

apa-apa pun kesian moyang aku. Kalau la Man utd menang. dia mesti happy. vudoh betol la Man utd tu, macam mana tah main sampai kalah. aku pun anti jugak dengan Man utd, tapi aku lebih kesian kat Moyang aku. aku tak kesah kalau Man utd menang asal moyang aku bahagia. hohoho


****************


2, 3 kucing berlari,
sekali ku cari, sume pergi.


imran yang pakai baju grey. yang kaler merah tu Bacy. our cousin.

Pantun ini imran ulang berkali2 di dalam kereta petang tadi sewaktu kami dalam perjalanan ke Pasar Malam, Taman Melati. dalam hati aku tergelak gile2. ape kes la mamat ni ulang pantun 2 kerat tu berkali-kali. tak faham aku dengan dia tu. hahaha


itu sahaja untuk hari ni.


Adios.

Thursday, May 28, 2009

experiment Donut

hey pepol....sudah-sudah laa cakap pasal bola. Man utd da mmg kalah. haha tak leh nk wat cmne kan. untuk meraikan kemenangan Barca, aku tibe2 terasa nk makan Donut. tp aku malas nak pergi beli donut. jd hari ni aku buat projek yg diberi title 'Experiment Donut'.

sebelum tu, aku nk ucap terima kasih kat Danny & his mummy, sebab bg resipi dan ajar aku serba sedikit tentang macam mana nk buat donut. thanks danny, n thanks auntie.

Ingredient dan cara2 nya korang leh refer kat mana2 website resipi kat internet ni. Jom kita terjah procedure2 Experiment aku...Zazzzzz

SATU
  • Cantikkan cara adunan aku ni ? cool je kaler dia.
Kesalahan pertama ; aku keliru antara bekas gula dan garam. bukan nya aku tak pernah masak, tp tadi aku tersalah letak. aku ingat aku letak gula 4 sudu dalam adunan aku ni. tapi rupa-rupanya aku TERletak 4 sudu garam. hahaha hampeh. soo, g la buang adunan tu..kuang..kuang..kuang....

DUA
  • Adunan kedua. aku buat sungguh2. bahan semua dimasukkan dengan kadar yang benar.
Kesalahan Kedua ; DISINI. mak sy kate kesalahan sy di STAGE ini. dimana rupa-rupanya sy terkeliru antara YEAST dan Tepung penaik. Oh tuhan. wats de different? wer do i know yang yeast dan tepung penaik tu bende yang lain. seriously, i ingat bende tu benda yang sama.
Da buat Donut tak pakai yeast, sampai bile2 pun donut tu takkan menggembang!

TIGA
  • Dough yang telah diuli.
Kesalahan ketiga ; saiz dan ketebalan. aku cetak Dough ni dengan amat nipis dan sangat kecil. bajet kononnye, nanti bile goreng dia akan kembang la...kononnye. [ pd masa ini saya tak tau yang adunan saya tu tersalah ingredient.]
EMPAT

  • Donut coklat! Yeay!!!
Pembaca semua, anda jangan TERTIPU ya... ini bukan Donut Coklat! tapi Donut Hangus!hahaha...Oh Tuhan....
Kesalahan keempat ; erm mugkin api sy ketika itu kuat sangat kot. LOL

LIMA
  • Inilah hasil experiment aku.
korang pernah tak tgok donut seleper ini? nipis gile mcm biskut. hahaha...mak aku cakap, donut aku ni salah ingredient.sepatutnye guna yeast, tp aku guna tepung penaik pulak. tepung penaik tu untuk buat biskut. oooo no wonderla donut aku ni mcm biskut. Memang tak empuk langsung! hahah
tapi yg mengejutkan rase nye memang macam biskut. hahaha sedap plak. bukan nk puji atau menipu. tapi serious dow, adik aku sendiri kate "biskut Donut" ni sedap. hahaha disebabkan aku tak pernah rase donut macam ni. jadi aku namekan donut yang aku buat ni "biskut Donut".

ENAM
  • sepatutnye bentuk donut macam ni. besar-besar dan empuk bila dimakan.
serik? tak! saya tak serik! ini baru experiment pertama. kalau aku buat salah aku tak kesah. sebab ini baru pertama kali mencuba. tapi aku tak rasa next time nak cuba lagi. sebab haha baik aku guna duit bahan-bahan yang aku guna buat donut ni, aku guna pergi beli Donut kat Dunkin Donut. Yummy2...lagi sedap!
Ok la pepol. itu sahaja untuk hari ini. korang nk buat donut jugak? buat laaa...aku tak kesah. :P
Adios Amigos....

MAN UTD FAN is de bigest LOSER! LOL

Loooriiii ...Looooriii Man Utd..balik kg tanaM jagung!! yeay!!! Barca menang!!

To Man utd Fan..u're de biggest Loser! semalam kat myspace poyo2 je cakap 'Man UtD Gerenti menang!' Huh, Man uTd korang menang ke? hahahaha Kesian gile kot aku dgn korang. OVERCONFIDENT! ckgu tadika aku cakap, sudeh2 la dengan Overconfident tu. Man utd deserve to Lose!


selagi CR ade kat Man Utd, korang akan kalah....believe me. Dulu aku pun Man utd Fan. tapi lepas CR masuk Man utd, aku terus Benci ngn Man utd! Maacam mana la Man Utd boleh Hire Sotong dan Fragile cm CR ni. memang aku tak faham. sikit2 nak jatuh je kerja dia! Pelakon terbaik! GReat JOB CR! jatuh jatuh la lagi....aku suggest dia minum Anlene. biar kuat sikit Tulang dia.
Malas aku nk ulas pjg2 sebb memang da terang2. Man uTD KALAH. hahaha

Tahniah tu BarCa!

Congratulation!

Adios amigos muchachos berambos CR!




Wednesday, May 27, 2009

Love Munky

pepol. its 11.50pm malaysia time. mate aku da mengantok gila. mahu saje aku terjun atas katil. tutup mate rapat2. dan zzzzzz....tp jiwe aku memang rase something wrong. aku nak menulis dan post new entry dlm blog aku ni.

malam ni memang aku takde tajuk yg specific. kesian mushana, aku pulun otak dia habis-habisan tadi supaya bagi aku idea ape jenis post aku nak tulis malam ni. tapi idea dia sori to say...mmg boring sungguh. dia suruh aku merepek pasal H1N1 laaa...pasal lecturer aku laa...ape laa..memang tak menarik kan? hahaha..

erm telinge aku skang ni tgah dengar lagu slow...tajuk dia 'BIla Rindu' by VE. lagu ni lagu lama. dan lagu ni byk btol kenangan aku dgn 'Luv munky' aku. [direct translate 'cinta mOnyet' ] hahaha
tak pyh la aku cite panjang2. cite tu pun da lame aku buang dlm memori headBrain aku. malas da nak ingat. yang pastinye satu hari tu [f.3] aku nk ke Tuition centre aku sebelah Plaza Idaman, dan aku terserempak 'dia' dan perempuan lain tgah makan kat satu restoren ni.


haha macam biasa. aku berpura-pura cool. DAMN! EGO! yes! Yes! memang aku Ego. so wat? I don give a damn. walaupun saat tu aku rase macam nak lari je dari situ. but apa yang aku mampu buat? aku hanya mampu tersenyum je.

Bile balik rumah. mood? tak payah cakap. totally out of Coverage. hahaha Telefon aku? ntah kat sudut mne aku campak. aku terus terjun atas katil dan menanges macam budak kecik tak dapat makan KFC. ntah laa...lepas tu tah macammana lagu ni tibe2 muncul mlalui speaker radio dibilik aku. mmg ngam! dgn situasi aku saat tu. menJadi-Jadi pulak sedu sedannye..hahah Benci btol bile teringat balik kisah ni.

ape2 pun impact nye kisah ini kepada aku ialah. i don really trust 'LELAKI' . NO MORE. jgn buat janji kat aku. sebab 10 dari kate-kate korang 1 pun aku susah nak percaya.


tu je kot. adios.


Wednesday, May 20, 2009

nenek ku kawen dgn....ank raja?

hey korang. suara korang sedap tak? aku nk soh korang nyanyi satu lagu ni kejap lagy.
cerita ni bermula pagi-pagi tadi. dan ketika itu aku berada di bilik iron baju. dan aku terdengar pebualan anak dan ibu.



video


Nenek-Nenek si Bongkok tiga,
Siang malam asyik berjaga,
Mencari cucu Di mana aja.
Nenekku khawin dengan anak raja.

'Eh nenek ku kawen dengan anak raja ke,
Nenek ku kawen dengan anak gajah?'
'mak...mak...nenek ku kawen dengan anak raja ke anak gajah?' tanya Intan



'Nenek Intan kawen dengan Pak mat.' jawab mak aku.
'Bukan anak raja ke?' tnye dia lagi tak puas hati.
'Yeyeye, anak Raja.'
'Raja ape mak?'
'Raja Gopal!' jawab mak aku benggang dengan soalan intan yang bertalu.

Monday, May 18, 2009

unexpected shoping event.

hey korang. mcm ni jela senang cite. aku malas gile nk membebel hari ni, jadi aku upload je la pic ni k. lg pun mood tade maaa...penat seyh. 1 ari travel...pergh..kaki aku da lenguh da. and tangan aku pun rase macam nak patah. klo gerak-gerakkan tangan ni da boleh dengar da bunyi tulang dia reput. hahaha.. macam cite P.Ramlee daaaa....


kreekkk kreeekkk kreeekkk...... oppsss...seem like i've to Minum Anlene la...hahaha







  • Pagi2, sy bangon, gosok gigi dan tidak lupe mandi sekali.
  • kmudian ayah sy ckp, gi anta mak g keja.
  • "Ok, no probe." [pdhal dlm ati, ngantok gile..wooooo]
  • Drive...drive....drive...meluncur laju je kat Highway DUKE.
  • lepas tu bile turun kat Jln Semarak je, ini la View nye. Jem. stuck...ooowooowoow[buat bunyi cm Sin Chan tau] *Faint. Die laaa.... i hate JAM.
  • Gambar diatas ni around 8:15 minute in Lebuh Raya Duke-Jln. Semarak. View biase di KL.
  • Lepas tu drop mum kat Selangor Dredging. n aku speeed balik ke GOmbak smula.
  • Berhenti kedai mamak. beli Roti teluQ.
  • Around 11.30 mak aku call suruh amik dia. dia dmm. n nak balik.
  • Drive lagy. kali ini bersama Intan yg sudah pulang dari tadikanya.
  • masih menggunakan jalan yg sama. [Jln Semarak]
  • juz bandingkan kedua-jalan ini. sy ambil sekitar jam 8.15 dan 12.20.
  • kosong kan jalan tu? seakan-akan berada di planet yang lain. dengan pokok yang tinggal ranting tu...hahaha tak cantik Btol KL ni!
  • Cubela korang tgok Langit waktu pagi dan waktu tengahhari. jauh sgt bezanya. banyak pencemaran! ooohhhh HELP me! i need more trees.
Kemudian bila saya ambil mak saya, dia kelihatan sungguh sihat. berdiri tegak menanti sy. 'Si Drebar'. aik tadi kate demam. so mak pun masuk keta. mak cakap, kita pergi Sogo. nak beli barang kejap.
Huh wat3? sogo? aku pandang baju aku. T-shirt Kumal. Koyak2, Pakai seliper Toilet... & & Thanks God, aku pakai Jean. Tu pun Jean Lusuh.
ooohhhh god. aku tak percaya. aku g shoping macam ni skali pakaian ku. ahhhhhh nape la tak ckp awal2 nk g shoping!
  • Gambar yg kabur itu aku amik di Ladies Level in Sogo. bahagian Kasut Scholl. cari kasut tok my mum. sengaja sy kaburkan. sebab ...baju sy buruk. hahahah oh God!
  • kemudian lepas beli 2 kasut tok my mum. kami pun pergi makan kat McD ...food court dia.
  • Lepas tu kami pergi SSF. beli barang hantaran kazen aku. ohh tuhan.





  • 1. gambar skola rendah aku yg di kelilingi Hutan Bangunan. Sk Jln Raja Laut [P]
  • Cantikkan ex skol aku. hahaha..weyh binggit tau tak skola kat situ.
  • Kami on The way balik.
Aku tetap anta mak aku ke KLinik. sebab dia lepas shoping terus demam balik. hahaha



Tadi kami Dinner Mc.D juga. hahhaa diet sihat RAKYAT Malaysia. huhuhu...wat a Day... penat btol hari ni.

tp aku saket perotttt..waaaaaaaaaa salah makan kot....LOL
ok la pepol itu sahaja.

adios amigos.
eleh, aku ni tadi kate tak nk ckp banyak, tp rasenye aku tetap selitkan sedikit bebelan aku. hahahha
blablablablabla....
nite.
.

Saturday, May 16, 2009

aku bukan pelakon dalam industri ini.

Adibahrisha The movie.

hi korang. mcm mne hari korang harini? mesti tak best kan? hahahha ok la, harini aku nk bersyarah tentang Human Behaviour. huh, sediakan bantal semua. dan zzzzzz....



Semalam baru aku sedar satu perkara ni. tentang Perangai manusia. dan aku juga manusia, n ouh aku pun ade perangai aku jugak. Entah la...biar aku straight to de London je la k. Sebagai seorang manusia dan insan, aku akui aku kadang2 layan seseorang tu berbeza antara satu sama lain. korang juga mesti ade perangai macam aku kan. tak semua kita layan sama rata. kita tak PERFECT!



Sometime kita jd sangat peramah dengan si Abu, Jadi sangat Baik dengan si Ali, jadi sangat Pelawak dengan si Tam, jadi sangat sombong dengan si Donkey, dan ape yang aku boleh cakap. aku jugak macam ni. aku hanya manusia biasa....dan aku tak terlepas dari situasi ini.



Yep, ade banyak label dan kata2 kawan aku pd aku ;
  • 'gile sporting la ko weyh!'
  • 'Thanks adeeb, u'r my BFF.'
  • 'ha5 i suke kawan ngn u. u baik, suke buat lawak.'
  • 'ni laaa kawan se-head brain [se-kepala hutak] aku.'
  • 'i suke you sebb u tak hipokrit.'

dan tidak terlupe juga beberapa ayat yang menyentak pendengaran dan pemikiran aku ;

'U ni HOT temper laaaa.'
'Eh, apesal u ni SOMBONG sangat hah?'
'U ni egois, hipokrit!

'Huh, bajet howt.'
'KAU PERAMPAS kawan yang aku sayang!'
'Kau ni kan orang paling jahat aku pernah jumpa.' [pnh ke org kate cmni kat aku?ntah la]





ok pepol, im not goin to cry. diz is not me. well i don even care wat pepol want to say bout me, yah its your opinion bout me. its ur personal privacy kan nak judge aku bagaimana pun. mungkin korang tak kenal aku yang sebenarnya bagaimana.

and eventhough korang nk kate aku ni 'JERK' ke ok, go on.

ntah la sometime aku nak jadi sangat perfect. layan orang sama rata, aku nk happy kan hati semua orang. Puas kan hati orang...tp entah la aku pulak yang kadang2 tak puas dgn apa yang aku buat.

aku ni manusia bukan ikan piranha, bukan juga dinasor. aku ade emosi, dan ade ketika-ketika nya aku amat sensitif dan ade ketikanya aku sangat aktif dan agresif. jadi aku nak mintak maaf kalau benarla korang rase aku ni erm sombong ke poyo ke, ape ke..

maaf kerana aku tak pernah berniat jd macam tu. itu bukan diri aku.
korang komen la post ni. n korang berhak judge aku macam Paula Abdul, Simon, Paul MOss, atau macam Adlin Aman Ramlie... korang berhak judge aku.




Salam,
Adeeb. aka iba.


Friday, May 15, 2009

Dondang sayang si stomach ku.

hey, selamat petang dan salam sejahtera buat bulan dan bintang diangkasa.. hari ni...tade ape yang berlaku dalam life aku. mood? mooda moodi aku sangat baik...tak de pulak benda2 yang buat darah aku naik harini. dan aku sangat ceria. bateri dan motivasi diri sangat tinggi. huahuahua.

Tapi satu je la yang kacau sikit. aku lapar weyh!!! perut aku dah buat dOndang sayang daa ni...alahai... lapar betol arini. tadi pg rasenye aku tak makan ape2 kot selain daripada nasi lemak. hehehe juz macam biase laa...ingat nk lunch maggi je. alaa...makanan org single la katakan... lepas tu tgok maggi da hbis. so bukak la peti sejuk.

Rasenye bahan nk buat salad cukup ni. Arini aku juz upload je picture dia. takkan la korang tak reti wat salad kan. aku malas la nak cerita panjang2. sebab aku dah tak sabar nk makan sebab da lapar sangat. hehehe





itu sahaja berita untuk hari ni...kalau korang nak tau sambil aku tulis post ni, aku makan sekali salad tu. sebab dah kenyang sangat, thats why aku stop membebel...kalo tak....lagy panjang ayat2 cHenta aku kat post ni... lol. ok la...kalau rajin mungkin malan nanti aku tulis lagi. tapi tak tau nak post pasal ape. ok la pepol. selamat makan. perut aku da full da ni...ish mne tak gemok! makan sambil on9. waaaaa....
adios pepol.

Wednesday, May 13, 2009

kanak2 yang semakin membesar

malam ni. panas betul. walaupun hujan petang td, tetap rase panas. tu laaa ni sume salah korang! suka sangat cemarkan dunia ni. bakar sampah, buang sampah, buat sampah...dunia ni panas sebab korang..korang korang...dan aku kot. hehehe


hahaha tibe-tibe aku teringat beberapa tahun dahulu. time tu rasenye aku dan kawan baik aku ni masih lagi berumur lingkungan 9-11 tahun. kecik lagi. dia je la kawan baik aku. aku dah tak de kawan lain da kat area umah aku ni selain dr dia.

kami pergi skola bersama dr darjah 2 sampai la tingkatan 5. lame kan? hahaha

Waktu kanak2 kami ni lasak sikit. main basikal, Mandi hujan sama2, Karaoke lagu Westlife, Britney sama2, Tangkap Berudu, Tangkap ikan, waaaa...rasenye cepat je masa berlalu.


haha..sekarang dah besar, dah buat hal masing2. dan aku happy tengok dia happy bersama boyfrend nye. dan aku sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka. aku nk makan nasi minyak dorang ahh..suke sangat tengok dorang bersama.



Milfa & Edi
blog kali ni memang aku nk tujukan untuk mereka. tahniah weyh.
hahaha aku nak lepas ni gambar aku ngn boyfren aku plak masuk kat blog ni..cewahhhh...hahah mimpi la aku. mambang pun tade! blablabla...hahaha

adios amigos.
Adeeb

Friday, May 8, 2009

konsert Di dapur.

hey yah..harini tibe2 rasa nk masak plak. sebb da lama aku tak hbis kan mase aku dengan hobi aku ni... well2, tak tau nk masak ape sebenarnye. juz bukak peti sejuk, well, hmmmm ade kentang laaa... so aku nk masak picadle kentang n uh ade ikan. ok2, arini nk wat picadle kentang dgn ikan.


bahan-Bahan


Ubi kentang [4 biji] {Potong 4} {Di goreng sebentar} {Lenyekkan}
ikan [2 potong] { Goreng separuh masak }
telur [2 biji]
Bawang merah [1/2 biji] {Gorengkan sehingga layu}
cili Besar [1/2 batang] {Hiris}
Daun sup [2 Tangkai] {Hiris Halus}
Lada Putih [2 sudu teh ] [yang sudah dikisar]
Garam, Gula, Ajinomoto. [sesedap rasa korang]


Cara-Cara

1. Masukkan kentang yang sudah dilenyekkan kedalam bekas.

2.Masukkan ikan yang telah digoreng didalam bekas tersebut, dan cerai-ceraikan ia.

3.Masukkan Garam, Gula Ajinomoto secukup rase.

4. Masukkan lada putih yang telah dikisar.

5. Masukkan Cili besar, Daun sup, Telur sebiji kedalam bekas tersebut.

6. Gaulkan sebati.

7. Bulat-Bulatkan Bahan yang telah korang gaul sebati, sebesar size yang korang mahu.

8. Telur yang sebiji lagy tu, korang pecahkan dlm bekas lain dan gaulkan mcm wat omelette.

9. setelah korang bulatkan bahan tersebut, gaul-gaulkan ia satu persatu didalam gaulan telur tersebut. pastikan setiap bahagian bahan yang telah korang bulat2kan tu, diselaputi gaulan telur tersebut.

10. selepas itu Goreng. api tamau kasi kuat2. nanti hangus. kecik2 sudah. n jangan Goreng lama sangat. selepas warnanye keemasan, angkat la...

11. hidang dan makan.

12. yang penting sekali, JANGAN LUPE KEMAS DAPUR anda semula. plzzz pepol, korang selera ke nak makan, apabila dapur korang kotor..plz JAGA kebersihan dapur anda.










ok selamat mencuba! jangan Goreng tangan korang ok. safety come first, kalau korang tak pernah berada didapur, pastikan anda bersama penjaga anda untuk mengawasi anda.


Adios pepol.

Ini buat follower ku Azri Azlan

im sori Azri i cant go to ur blog. u got one post yg buat i tertahan utk tidak kesana. im sori, selepas beberapa post baru u lancarkan, baru i akan ke blog u dan jadi follower u. thanks fer following me.

stress sampai sawan.

setelah hampir lebih daripada 2 minggu sy menghilang daripada blog kesayangan saya ni. saya muncul kembali.

hey pepol!

well, oh Nonono, I'm not really hilang. im here, always here, readin my follower post. but i didnt comment them cz i don have time.... 'stori pasal aku hampir mati, utk future bf ku, stori tentang bakal suami, stori pasal wanita2 disekeliling ku, stori pasal mama selalu rotan, stori pasal Pulanglah mama, stori tentang waktu peperiksaan, kertas susah dah tamat, MERDEKA, stori pasal peluk bear...mcm2 yang aku bc.

hmmmm rasa amat jeles mereka punye masa meng-update blog mereka. Aku sgt cemburu kat korang. well, selepas 2 minggu lebih akhirnye aku dah pun selesai menjawab paper2 Final aku untuk sem 3. ni.

Perasaan? Amat tidak lega dan amat terasa terikat. waaaa...aku sentiasa ade feeling mcm ni. feeling yg tidak bebas. oleh itu aku selalu tidak Mengisytiharkan kemerdekaan diri aku. hmmm bagi aku merdeka tu bebas, aku boleh bernafas dgn lega, bukan bernafas dalam lumpur atau air. aku bukan ikan!

3 subjek pertama aku alhamdulillah. aku jwb dgn tenang. paper ke-4 FOA. alhamdulillah. tawakal. paper terakhir aku. rabu lepas. Masya-ALLAH. susah sgt....aku sgt takut. streesfull, tension ketika menjawab Quantitative studies. rase sangat tertekan dgn masa yang da nk habis, dan byk lagy question yg aku tak buat.

setengah jam sebelum hbis, aku lihat kiri dan kanan, bukan niat aku meniru, jauh sekali meneropong jawapan. klo aku boleh tiru pun, mcm mne? tulisan mereka amat kecil dan mereka sngt jauh dari aku....aku melihat ramai yg gelisah, muke give up, ketuk2 kepala. aku pandang kertas ku kembali. didalam hati aku berdoa-doa kepada tuhan....Ya tuhan susah betol paper ni..kau bantulah aku.

tibe-tibe....

DUMPPPP arggghhhhh pepol are screaming. and aku pantas berpaling kebelakang. i saw one guy jatuh dr mejanya dan tersepit diantara kaki kerusi dan meja nya. ya Allah...ape ni? keadaan jadi kelam kabut , pengawas peperiksaan berlari ke tempat kejadian. lelaki itu berada beberapa meja dibelakang aku. semuanya terlalu pantas, pengawas peperiksaan berlari kedepan ke belakang.

ape dah jadi? siapa budak tu? kenapa budak tu? budak yang jatuh itu mengerang kesakitan. aku kaku. takutttt. dia dah nak mati ke? ini sahaja yg terlintas dalam kepala aku. bagaimana kalau lelaki itu mati? aku takut. knpe? ape dah berlaku. aku sangat curious. aku lupekan berkenaan masa peperiksaan aku yang hampir tamat. aku lupakan exam paper aku. aku takut. kaki aku shaking. serious.

pengawas peperiksaan mengarahkan kami concentrate pada paper. aku masih pandang ke belakang. kaki lelaki itu kadang2 berhenti bergerak. kadang2 bergerak secara mengejut. aku pandang kertas pepriksaan aku. aku berada disoalan mana? soalan ape yg aku buat sekarang? aku sangat buntu. tension.

aku pandang kebelakang, pengawas peperiksaan dah berjaya keluarkan lelaki tu dari kerusi dan meja dia. dan mereka cakap.

'nevermind...relax3' banyak kali mereka ulang perkataan ni pd lelaki tu dan dia masih mengerang kesakitan. aku tarik nafas dlm2, aku perlu concentrate. akhirnye ade pasukan bantuan kecemasan datang bawak ubat ke ape tah utk lelaki tu. dan keadaan reda.

aku jwb jawapan terakhir aku. dan akhirnye tamat. akhirnye aku pandang Sham di sebelah aku,
"Sham, siapa yang jatuh tu?" sham tak hbis2 lembutkan tangan dia dan buat mcm lelaki lembut punye sign. aku tak dpt tangkap. siapa tah yang sham maksud kan....lepas tu, pak cik guard angkat lelaki tu.

laaaa....Yugesh ke? budak macho tuuuu yg jatuh? uish...peliknye budak semachoo model tu boleh kne sawan, lepas hbis paper, kitaorang pun bergerak kluar, sham kata, mmg agaknye yugesh tu stress dan tension. hari rabu tu sham ckp yugesh ade 2 paper. pagi paper IOA. petang QS, dua paper yang bg aku sangat susah utk lulus.

stress sgt tu yang wat dia pengsan n sawan tu. kesian dia. ape2 pun...aku no komen Pasal paper Quantitative. mmg susah. well, tu yang wat aku tak nk isytharkan Merdeka. aku benci feeling ni.


sekian. adios amigos pepol.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...