Thursday, December 29, 2011

Bukan Titik Noktah

Disatu ruang,
Duduk bersimpuh aku,
Akal yang mati,
fikiran yang semput,
guruh bising,
lalu menidakkan haluan!

ke kiri kosong,
ke kanan haru,
biru kacau bilau semua!

lalu duduk lagi,
Impian bukan mudah,
irama bukan sehari,
payah jerih ku,kau apa tahu.

Aku harapkn ruang,
yang luas, betah aku bernafas,
degup yang berirama,senang dengan lagu baru,

Inilah hidup,
Insan berlari kecil besar,
mengejar impian,
entah ada entah kosong,
kecewa bukan haluan,
yang aku pasti,kecewa bukan titik noktah.


-Ambil lah yang baik dari erti tersurat dan tersirat-



12.40am 9/12/11 Adibah risha Idris. Puisi "Bukan Titik Noktah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...