Saturday, December 31, 2011

Cerita 2011

Ini merupakan entry untuk hari terakhir di tahun 2011. Masya'allah cepat sungguh masa berlalu.
Bila dikenang semula, memang dah banyak sangat peristiwa, pahit manis (ececeh pahit manis?) yang da berlaku kat I. erm and I believed you, visitor, pun ade jugak melalui banyak peristiwa pada tahun 2011 ni.

Bagi Adeeb pulak, tahun 2011 ni lebih kepada cabaran-cabaran baru. Banyak cabaran, rintangan dan dugaan yang tak putus-putus yang mengajar Adeeb untuk terus hidup dengan lebih matang lagi. walaupun umur baru setahun jagung, dengan dugaan macam ni, Adeeb mampu mengatasinya Alhamdulillah, Adeeb juga mampu menukarkan persepsi bahawa dugaan ini adalah kurniaan dari Allah bukan kesusahan yang sengaja-sengaja diturunkan untuk Adeeb. DIA tahu apa yang terbaik untuk Adeeb. Dan Adeeb tahu setiap dugaan (Hujan) pasti ada hikmahnya (Pelangi).

Tak usah la nak dicerita panjang rasanya. Kerana setiap dugaan yang menimpa Adeeb sudah pun beransur selesai. Adeeb sudah mampu tersenyum. Terima kasih kepada orang disekeliling Adeeb. yang sentiasa sokong Adeeb, support Adeeb dari belakang, entah macam mana nak balas jasa budi baik kalian. 
Alhamdulillah, walaupun hidup kami tidak seperti dulu, sekurang-kurang nya kami mampu untuk meneruskan hidup dengan cara lebih bersederhana. Bapa Adeeb dah mula dapat project nya kembali. rezeki Allah. Walaupun tidak banyak sekurang-kurang nya kami masih lagi mampu meneruskan hidup.

Mak Adeeb dah sihat. Alhamdulillah tiada lagi penyakit yang dihadapinya. (penyakit dari hasad dengki orang. Semoga orang itu mendapat hidayah. Sesungguhnya kami mengharapkan pendamaian).

Adeeb, Walaupun terpaksa melupakan hasrat untuk sambung belajar lebih tinggi(Hati sudah mula rasa sedih) sekurang-kurangnya, I'm not a jobless! dengan ilmu, kelayakan yang adeeb ada sekarang ni, Alhamdulillah, ALLAH telah kurniakan Adeeb kerja yang baik. Rakan yang baik. persekitaran yang baik. Alhamdulillah. 
Adik-Adik Adeeb, They're just fine! So nothing to worry about! They are growing now! Mom always said
"They don't get what you used to have when you were at their age."
 Bagaikan mengerti, aku kasihan pada mereka. Tak apa lah. nanti kakak belanja you all okay! ;p


Jadinya untuk Tahun 2012 ni, Adeeb hanya mampu berdoa untuk lebih berjaya. Jadi anak yang baik. Insyaallah pada 2012 nanti, Majlis yang Adeeb tunggu-tunggu berjalan dengan lancar. Insyaallah. Sekiranya ada jodoh adeeb dengan pasangan. 

Selamat Tahun Baru semua !


Best Regards,
Blog Owner



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...