Saturday, December 24, 2011

Episod 1 : Cinta Dulu


 Kamarul Hiqal mengeluh lagi entah untuk yang ke berapa kali. Suasana riuh rendah menyesakkan lagi halwa telinganya. Adoiiiii, tension!! Bentak hati Kamarul Hiqal.
    "Alahhhh daddy, sushi laaaaa..." Pujuk lembut anak kecil berambut hitam lurus itu. Batrisya tak sudah-sudah dengan permintaannya sejak semalam. Kamarul Hiqal mengalihkan pandangannya pada anak kecil disebelah Batrisya untuk meminta pendapat. Natasha hanya mengangguk setuju dengan cadangan kakak kembarnya.
     "Okay, kita makan sushi. But....."
   "But what daddy???" Potong Natasha laju. Kamarul Hiqal membuntangkan matanya tanda tidak senang dengan cara anak yang berambut ikal keperangan itu bertutur. Petah betul dengan kata-kata.
     "Asha ni, selalu sangat potong cakap daddy. Okay, okay, kita boleh pergi sushi, tapi dengan satu syarat you all ni kena jaga tingkah laku. Terutama si Asha ni. Malulah Daddy kalau Asha asyik buat bising je. Potpetpotpet tak habis-habis. Daddy nak, kamu semua bercakap bila perlu sahaja. Faham?" Kamarul Hiqal tersenyum puas melihat Natasha dan Batrisya mengangguk. 
       Mereka berjalan seiringan menuju ke Sushi King di medan selera Suria KLCC. Kedua anak kecil itu memegang erat tangan Kamarul Hiqal. Lelaki itu tersenyum melihat gelagat mereka. Dia tahu kedua anak kembar itu tidak selesa dengan suasana yang sibuk dan bingit begini. 
        Kamarul Hiqal mengambil tempat duduk dihujung sekali. Bimbang dengan kerenah anak kembar itu nanti. Janji-janji anak kembarnya itu bukannya boleh dipakai. Seorang pelayan wanita menghampiri mereka untuk mengambil pesanan. Kamarul Hiqal memesan dua set makanan yang sama untuk Natasha dan Batrisya. Natasha mengulas rambut ikal keperangannya. 
        "Daddy, mama kata kalau daddy tak tunaikan permintaan kita, kita boleh report kat mama, betul ke daddy?" Tanya Natasha. Kamarul Hiqal tersentak. Adoi, tak kan sampai macam tu?
      "Suka hati Asha lah. Daddy tak kisah." Balas Kamarul Hiqal berani. Matanya meliar memandang sekitar restaurant jepun itu. Kemudian matanya kembali melihat anak kembar itu. Pelik sungguh, dengan kembar berdua dihadapannya. Semua yang digemari Kamarul Hiqal, adalah kegemaran mereka berdua. Termasuklah makanan jepun itu.
      "Daddy nanti kita pergi taman nak?" Pinta Natasha lagi. Lambat-lambat lelaki itu mengangguk. Permintaan yang wajib setiap kali mereka keluar bertiga. 
       Makanan yang dipesan tiba. Kamarul Hiqal melihat kegirangan diwajah anak kembarnya. Kamarul Hiqal tahu, sudah lama beliau tidak membawa kedua kembar itu bersiar-siar. Sejak pemergian mama mereka ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan umrah, Kamarul Hiqal sentiasa sibuk dengan perihal kerjanya. Sehinggalah kedua anak kembar itu merungut bosan dirumah.
        "Daddy, Isya tak nak sayur ni."Batrisya menyepit kacang pis bersalut tepung ke hadapan Kamarul Hiqal. 
           "Mari sini Daddy makan." Kamarul membuka mulutnya lalu Batrisya pantas menyuakan kacang pis itu kedalam mulut daddy mereka. Natasya tergelak kuat dengan gelagat Batrisya dan daddynya. Dalam mereka bergelak ketawa, tiba-tiba mata Kamarul Hiqal tertacap pada pasangan yang baru sahaja melangkah masuk ke restaurant jepun itu.
            Cukup ideal. Bagai pinang dibelah dua, lalu membelah jantung hatinya. Seorang kacak dan seorang sempurna kecantikkannya. Walaupun sudah lama tidak berjumpa, namun tiada yang berbeza pada wanita itu. Masih lagi cantik seperti dahulu. Yang berubah hanyalah penampilannya. Nampak lebih matang dan lebih elegen. Cantik. Puji Kamarul Hiqal dalam hati.
               Tiba-tiba Kamarul Hiqal teringatkan sesuatu....

         "Suatu hari nanti, saya akan belanja awak makan sushi." Kamarul Hiqal menulis sesuatu dibuku latihannya ketika menyuarakan hajat itu.
         "Kenapa pula?" balas Kamelia Arisya. Matanya tidak lepas-lepas memandang wajah lelaki yang setia dengan buku-buku latihannya kemana sahaja mereka berada.
            "Bukan ke awak suka makan sushi? Bukan saya tak boleh nak belanja awak sekarang ni. Tapi masalahnya wang itu dari parent saya. Kalau boleh saya mahu belanja awak menggunakan duit gaji pertama saya. Barulah puas hati."
             "Puas hati kenapa pula?" Tanya wanita itu lagi.
             "Puas hati sebab dapat belanja kekasih hati yang seorang ni. Awak nak tak?" tanya Kamarul Hiqal sambil tersenyum. Matanya bersinar seolah-olah itulah saat yang paling bahagia buatnya.
            "Huh, lamanya. Tapi tak apa, saya akan tunggu." Mereka berbalas senyuman. Angin petang masih lagi bertiup halis. Padang sekolah yang tadinya lenggang mula dipenuhi pelajar-pelajar untuk aktiviti petang. 
               "Ini janji saya pada awak Risya,"
      
             
"Daddy...Daddy..Daddy ni...."Keluh Natasha apabila daddynya tidak memberi sebarang respon. Kamarul Hiqal tersedar. Dia tersenyum hambar sambil mengangkat keningnya.
              "Apa dia?" Tanya Kamarul Hiqal lembut sambil mengusap rambul ikal keperangan milik Natasya. Yang membezakan anak kembar itu adalah rambut semula jadi milik mereka berdua. Batrisya memiliki rambut hitam lurus. Natasya pula berambut ikal keperangan.
            "Daddy, kita orang da kenyang. Jomlah pergi taman. Asha nak pergi taman nak main buaian." Ajak Natasha. Kamarul Hiqal mengalihkan pandangannya pada Batrisya yang masih lagi menikmati makanannya.
            "Kita tunggu Isya habis makanan dia dulu. Aahhh, sebelum pergi taman, teman daddy pergi shopping barang rumah daddy kejap." Beritahu Kamarul Hiqal. Mata nakalnya mencuri pandang ke arah pasangan yang dudduk dihadapan sana. Kamelia Arisya masih lagi tidak menyedari kehadiran Kamarul Hiqal disitu.
           "Alah daddy ni, kita pergi taman dululah. Main-main lepas tu baru pergi shopping, kan Isya?" Batrisya yang lebih pendiam hanya mengangguk dengan cadangan adik kembarnya.
           "Asha, Isya, daddy kata teman daddy pergi shopping dulu!"
           "Daddy, kita orang nak pergi main dulu!" Marah anak itu kembali. Aikkk, aku marah dia, dia marah aku semula? Kamarul Hiqal sudah tidak dapat berbuat apa lagi melainkan mengalah dengan permintaan anak kembar itu. Dua lawan satu, sudah tentu yang satu kalah.
           "Okaylah. tapi main sekejap saja." Bicara Kamarul Hiqal lambat-lambat.
           "Alah, kalau macam tu, baik kita pergi shopping dulu, lepas tu baru pergi taman. Kalau shopping dulu, kita boleh pergi main-main kat taman lama-lama. kan Isya?" Balas Natasha yang tidak puas hati dengan jawapan Kamarul Hiqal. Lelaki itu hanya tersenyum. Entah apa la yang mama kau  berdua ni makan waktu mengandung sampai dapat anak becok macam ni. Bisik Kamarul Hiqal dalam hatinya. Dia tersenyum lagi. 
                   Kamarul Hiqal meneguk green tea dicawan kecilnya. Matanya kembali melirik pada Kamelia Arisya. Duppp.... pandangan mereka bersatu. Dunia yang tadinya riuh rendah seakan terhenti seketika. Restaurant yang dilengkapi dengan air-conditioner seakan-akan tidak berfungsi langsung. Peluh memercik dari dahi Kamarul Hiqal. Pantas dia sedar. Dia mengalihkan pandangannya. Dalam erti kata sebenar, dia tidak mahu bertemu pandang dengan wanita itu. Cukuplah.
                     "Okay, semua da siap makan? Jom kita pergi shopping pulak." Kamarul HIqal sedaya upaya menyembunyikan perasaan kalutnya. Batrisya dan Natasha turut menghabiskan minuman mereka.
                   "Daddy pergi bayar dulu. Tunggu sini." Perintah Kamarul HIqal.
                   "Okay daddy!" Sahut anak-anak itu. Kamarul Hiqal yang sudah berdiri duduk kembali.
                   "Shuuuuutttt..."Dia meletakkan jari telunjuknya dibibir. Mengisyaratkan supaya mereka diam. Adoi...malunya! Banyak mata yang memandang mereka ketika itu.
                    Kamarul Hiqal kembali berdiri untuk membuat bayaran. Dia berjalan ke kaunter. Ketika melintasi meja Kamelia Arisya, dia sedaya upaya menahan rasa dan berlakon seolah dia tidak mengenali wanita itu.
                     Selepas membuat pembayaran, dia kembali ke meja dimana dia tinggalkan anak kembar nya sebentar tadi. Langkahnya mati tatkala anak matanya menangkap Kamelia Arisya berada disamping kedua anak kembarnya. Kamarul Hiqal memandang pula pasangan wanita itu yang kelihatan tenang. Mereka bertukar senyuman. Kamarul Hiqal melangkah tenang.
                     "Asha, Isya, come lets go."Ajak Kamarul Hiqal.
                     "Daddy auntie ni kawan daddy ke?" Tanya Natasha sambil menuding jari kecilnya pada wanita yang sedang berhadapan dengan daddynya. Wanita itu datang menghampiri mereka ketika daddy membuat bayaran dikaunter sebentar tadi.
              "Jom, daddy kata cepat."Kamarul Hiqal sudah memegang kedua-dua tangan anak kembanya itu. Natasya dan Batrisya tidak mengerti situasi dihadapan mata mereka berdua.
                   "Hiqal, sampai hati awak. Awak tak tegur saya pun?" Suaranya sayu kedengaran. Kamelia Arisya memandang tepat wajah lelaki itu. cuba mencari anak matanya. Namun dia gagal. Lelaki itu sengaja tidak mahu beradu pandangan dengannya.
                  "Asya,Isya jom pergi." Arah Kamarul Hiqal lagi apabila kembarnya tidak menunjukkan reaksi. Memandang Kamarul Hiqal dan wanita itu. Dengan kudrat lelakinya, Kamarul Hiqal mimpin kasar tangan kedua anak kembarnya keluar dari restaurant itu. Meninggalkan Kamelia Arisya yang terkesima dengan kelakuan lelaki itu. Sesungguhnya lelaki dihadapannya tadi tidak pernah berubah. 
                    'Kenapa awak selalu tinggalkan saya, Hiqal?' Rintihnya lemah. Kamelia Arisya melangkah lemah ke mejanya sebentar tadi. Shamsul Shakirin melemparkan senyuman manis walaupun masih terkejut dengan drama sebentar tadi. Namun jauh dihatinya, persoalan hebat datang dari suara sumbang, berperang dalam jiwanya. Siapakah gerangan lelaki itu?






----------------------To Be Continnued------------------------


Adibahrisha. 2008. Cinta Dulu.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...