Tuesday, January 3, 2012

Checklist Majlis Tunang






Bukan salah saya untuk follow B2B (Bride to be) blog. Tapi saya memang suka baca tips-tips dari mereka. (maaf waktu sy tulis ni, saya mengalami saket perot dan pening! lapar kot.)

Suka sangat baca plan dorg untuk majlis mereka. ticker tick tepi blah kanan tu setahun lagi to majlis kahwin. mak aihhh setahun da kena prepare itu ini. (saya pun take note). memang lah orang kata banyak benda nak buat untuk majlis kahwin ni. lagipun kita bukan orang berada.

Plan kena lama-lama. nak booked yang itu nak booked yang ini. nak cari yang murah-murah sahaja tapi nak gempak-gempak sahaja. Okay saya pun walaupun belom ada jodoh lagi rasanya tak salah saya follow mereka. buat checklist. cari mana-mana bridal provider yang murah with high quality. great portfolio. amek idea sana sikit sini sikit.

DIY! semuanya DIY. Mak saya florist. sebelom ni pun dia selalu prepare brg hantaran for family. So ni anak da nak tunang(erk did i just tell you that I'm getting engaged soon? err silap type. Typo error! so just forget about it. berangan je lebih. weeekkksss :p)

Okay even nak buat majlis apa pun checklist teramat penting. so takdelaaaa bnde yang akan terlepas here and there. setiap wanita mengimpikan mjlis yang sempurna. biar bersederhana, sekurang-kurangnya ia mampu mengembirakan semua orang.

Okay ini adalah checklist Majlis tunang untuk mereka yang bakal bertunang nanti :

Date
-sudah pilih tarikh atau belom? kalau sudah lebih senang nak plan and prepare.

Baju Tunang
-Kena lah ambil kira sama ada mahu jahit sendiri atau sewa dari bridal boutique. terpulang pada kesesuaian masing-masing. kalau nak jahit sendiri, kena lah pi cari kain.KL melambak. so takde masalah dengan semua tu. nak kena cari tudung pulak, veil, nak matching-matching kaler lagi. wah! penatnya nanti!

simple kan tudung cmni, tapi tak sesuai la pakai cmni.
- Baju untuk lelaki nak kne shopping jugak. tapi kalau ada baju kat dalam almari pakai je la kan. xusah la membazir.

Make up Artis (MUA)
Kerlasss ke tak kerlasss jah? tunang pun nak pakai make up artist bagai?
but then ia terpulang pada pasangan. ada yang memang da pandai make up leh make up sendiri. yang tak reti macam saya? kenalah booking MUA. nak kena survey lagi. tengok portfolio dorg.

-Ada make up artist ni make up punye laaa cantik gila. untunglaaah sebab model dia pun da sedia ada cantik. Yang macam kita ni. tahap cantik tak cantik ni? mcm mana pula? disinilah survey2 awal-awal ini memainkan peranan.

-Dah jumpe MUA yang berkenan. booked mereka. bayar half payment. settle! retissss!

Photographer/Videographer?
Sekarang ni memang zaman da retissss semua nak retisss katanya. majlis tunang wajib kah itu semua. sebagai tanda kenangan apa salahnya? tapi disebabkan dah ade handycam, camera (kesayangan ku) rasanya tak usah la membazirkan duit untuk itu semua.

Tapi rasanya zaman sekarang korg ada je kan kawan2 photographer. Insyaallah ada discount untuk anda semua. Adeeb masih lagi survey. nak suits budget. ;p kalau tak tak payah laaa.

Mini Pelamin
-Terpulang pada pasangan. Kalau DIY, tentulah kita kena prepare kain untuk mini pelamin itu nanti, bunga, bantal, lampu, pelamin stage.
-Kalau mampu, sewa je. Bayar MYR 800 da dpat yang gempak punya. But still 800 is a huge amount for someone like me(cheapskate, LOL)

Barang hantaran
- okay seperti yang anda tahu, kebiasaannya barang hantaran untuk majlis tunang lebih kepada makanan.
- Contoh :  Chocolate, Cake, Fruits, Sirih junjung, cincin tunang.
- Ada juga yang mahu include barang pada majlis tunang (maklumlahhh baru lepas Year end Sale katenya)
- Contoh : Toiletries, perfumes, phone, baju nikah, spec, purse, wallet etc

barang da ada. sekarang nak fikir, nak sewa tengok ke nak beli sendiri . DIY hantaran. nak fresh flower ke artificial? kena survey dulu. KL murah ke Nilai 3 murah. quality pulak macam mana. kalau nak pakai fresh flower, kena fikir kaler pulak. kita nak kaler ape? pasangan nak kaler ape?

Door gift
-Ini adalah tidak wajib. please take note ya. ada orang selalu complain. haih majlis tunang takde door gift ka? nak tutup mulut jahat (macam la dorg takde anak kan? nanti nak kawen, kena gak bagi. tulah sape soh mulut jahatt! susah kan diri sendiri) , kena laaa ade door gift. beli yang murah-murah sudah la. tanda ingatan kita, terima kasih kita pada yang sudi datang. Terima kasih.

Menu
-kalau laaa saya ni ibu. saya cakap je.
Bihun goreng
telur dadar
jus mangga.

siap. bukan kah itu sedap? saya suka! mudah dan easy mizy!

Tapi sebab sy ni yang hendak membuat majlis, jadinya nak kne la prepare barang-barang kering dulu. Tanya mak, mak nak masak ape? (mak saya pandai masak okay!)

Oh mak nak masak :
Chicken Chop
Lamb chop

hahahahahah adeyh! tipu je ni ya. masakan melayu sahaja. so nak laa beli sikit-sikit mula dari sekarang. bukan kah senang. nanti takde laaa nak pening-pening kepala

Tisu kurang, kicap kurang, gula kurang, duit kurang!

buat majlis never that easy ya. take note. Okay so far ini je la buat masa ni. Semoga kita sama-sama boleh kongsi idea ni.
Tiffany blue! nice rite?
Pink THEME! MY fav!

This Puple is really hard to find! but believe me, Its super cool!





Salam mesra dari blog Owner,
Adibahrisha.





4 comments:

Mizz ErMa said...

ha ah kan..sy pon da kena stat slow2 buat checklist nih..hehe

adibahrisha said...

heheehe yep dear. xslh rasenya buat checklist

justine angel said...

Nak tunang hujung April,kahwin hujung December.cincin pun tak beli lagi.apa pun tak fikir lagi ni.don't know where to start.apa color tema tunang & kawin, color baju, caterer, dewan..tgk color tu suka,kang tgk ni pun suka jugak.pening nk buat keputusan.stress!

adibahrisha said...

Hi Justine,

Thank you for drop by. LOl understand your situation. what I could advice is, take one step at a time. Buat perlahan2. jangan buat kerja last minute. sebb nnti you kelam kabut. especially if you have limited budget like me.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...