Sunday, January 29, 2012

LOVE : Hari yang dinanti



Hari ini selamat la satu perbincangan mudah dan kecil antara yang tua. 
Selama aku menyorokkan diri dibilik, sekali sekali, aku mendengar topik yang dibualkan orang tua.
Aduh parah, bibir tak terhenti mengukir senyuman. aku bersyukur kerana aku didalam bilik dan bukan diluar. kalau tak sudah tentu malu bertubi tubi dek tidak dapat menyembunyikan senyuman.

Senyum sahaja tak perlu kata apa-apa. 

Masing masing sudah mengenali salahsilah keluarga, dan berkenalan sejak kecil. sekampung, mudahlah mengenali hati budi masing masing. Ini memudahkan lagi komunikasi dua pihak. aku bersyukur tiada masalah timbul untuk yang itu. 

hati masih lagi teringat irama dupdapdupdap petang tadi. Baru aku tahu perasaan ini lah yang dihembur hemburkan sejuta rakan. perasaan ini lah. Perasaan ini lah. permulaan bagi yang seterusnya. Kalian pasti sudah dan akan alaminya juga suatu hari nanti. 

Alhamdulillah walaupun masih tidak mendapat kata putus lagi, namun aku bersyukur kehadrat Ilahi mempermudahkan urusan kami. Alhamdulillah.







Sekian
Blog Owner






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...