Wednesday, January 4, 2012

LIONG KET? Who is He?

Introduction
Selepas sahaja habis makan malam, aku, mak dan Intan ke rumah Mak cik ku yang terletak 1 minit perjalanan dari rumah ku. Sedang kami berjalan, Khairul, Anak mak cik aku yang berumur 3 tahun menjerti-jerit memanggil kami. Gembira dia melihat kami ingin ke rumah beliau.

Kami disambut mesra oleh ank kecil itu. Kami melabuhkan diri diruang tamu mereka. Anak-anak mak cik yang lain sudah mula bermain dengan Intan. Aku berborak dengan Mak cik ku. Mak pulak sibuk memanggil Khairul yang menghilang ke dapur.

Tak lama selepas itu khairul atau nama manjanya aerol datang membawa 2 biji rambutan yang merah.
"emb, na' emtan? endap" aerol menyerahkan satu rambutan pada mak aku. Mak ambil.
 "emtan emdapppp" cakap dia lagi. Mak membuka kulit rambutan itu dan memakan nya. kami tersenyum melihat aerol.
"Emm sedapnya. Beli rambutan kat mana Rol?" Tanya Mak. aerol mengerutkan dahinya.
"Emmm LIONG KET!" Kami dok ternganga. Liong Ket? natang ape pulak liong ket tu?

"Liong ket sape rol?"tanya Intan.
"Liong ket arrr!" marah dia. kami masih blur. ape bnde la liongket ni? dok fikir2 memang no answer.
"Emtan liong Ket!" tekan aerol lagi dengan nada marah. Mak si khairul ni da gelak-gelak tak tahan dengan telatah anak dia.
"Beli kat chow kit" Balas mak si aerol.
"ahhhh Li Ong Ket arrrr!" Cakap Aerol lagi. Mak kemain bantai gelak dengan aerol. ;p aerol buat muka benggang. sebab org semua da gelak kan dia. Aerol bangon dengan tangan yang masih memegang rambutan.
"EmMok!" Marah Aerol kat mak. hahahhaahah


Li Ong Ket = Beli kat Chow Kit ??


Okay. Okay take note ye puan puan!

Conclusion

 =_='
Memang susah betol laaaa nak faham tatabahasa kanak-kanak riang ni. haihhhhhh geram pulak aku
dibuatnya.



 
Glossary

Li Ong Ket  = Beli kat Chow Kit
Emtann       = Rambutan or scientific name :  Nephelium lappaceum
emmdapp   = Sedap
EmMok      = Gemok











Yang Kena Pergi Tusyen bahasa kanak2,
Blog Owner







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...