Monday, January 30, 2012

DIARY : My saturday's entry!

Salam sejahtera untuk para pembaca.

TOPIK : My Saturday's Entry.

Alkisah nak dijadikan cerita, kami bakal menerima kedatangan tetamu pada hari ahad itu. Pada hari sebelum ahad, aku menghabiskan masa pagi ku di pejabat, menghabiskan berapa banyak kerja yang tertangguh. Dengan baju kurung moden hitam, tiada make up, tiada secalit bedak, tudung tidak berlipat, aku kuatkan juga kaki melangkah ke pejabat pagi itu. jarang sekali masuk ke pejabat tanpa eye liner. oh aku terlewat. itu bukan alasan. Mak mahu beli breakfast kegemarannya, aku ikhlaskan hati menghantar beliau ke kampung baru untuk membeli nasi lemak dihadapan Menara DBKL. 

Source : Google : Nasi lemak kampung baru! (seriously i dono why my mom suka sangat nasi lemak dia. For me, mak masak lagi ganda2 sedap dia! Mama punya nasi lemak pun sedap! buat business nasi lemak compem maju!)


Selepas waktu pejabat tamat tengah hari itu, aku memandu ke Ampang untuk majlis kahwin kawan kepada darling. Mengambil langkah yang berani, aku memandu menuju ke pavillion untuk masuk ke kampung pandan. secara jujurnya, ini lah pertama kali aku memandu seorang diri tanpa pengawasan GPS bergerak ku melalui jalan ini. Selalunya aku mengambil jalan yang lain. Hari itu, aku sudah lewat seelokknya menggunakan jalan yang satu ini sebagai alternatif mengelak jammed di jalan Ampang. =_=' Alhamdulillah, aku berjaya sampai ke Ampang. Walaupun hampir menangis takut sesat jalan. Kang tak pasal-pasal sampai Poteksen pulak! (darling saya tahu awk nak gelak bila saya ckp yang ni =_=') haih sengal! Berkali kali monolog dalam jiwa berperang sesama hati ('betol ke jalan yang ini?')

Sesampai sahaja di kawasan rumah darling, aku dikejutkan dengan satu pandangan yang luar biasa. alahai, segak berbaju kemeja kotak-kotak. setahu aku, dia paling payah untuk memakai baju kemeja lengan panjang yang disinsing ke lengan. Dia selesa berbaju T bulat. Hari itu, dia kelihatan bagus! Secara jujur, aku suka! Kami bertukar duduk. dia mengambil alih kerusi memandu dan memandu ke Dewan JPS, Ampang. 

Menghabiskan masa hampir setengah jam di majlis kahwin, Darling memandu ke masjid India untuk menjemput mak yang baru menyudahkan window shoppingnya. Then he drive us home. Sesampai je kat rumah, aku dikejutkan dengan porch yang berselerak dengan ceiling dust, besi-besi dan paku paku. 

Ahaiii siapa punya kerja ni. Aku membuka kunci rumah dan menjemput darling masuk. ohoiiiii ruang tamu bersepah, kerusi tunggang langgang susunannya. kami menangkap kawasan yang direnovate. MasyaAllah, bapak aiii excited sangat ke sampai sanggup renovate rumah saat-saat akhir ni. Aku melihat senyuman bangga di bibir darling. Aku tahu sangat budak yang ni, bangga lah tu orang renovate rumah untuk dia. 
(Oh ya, you all kalau interested nak renovate rumah boleh email me or go to this link for more info ya : HOME CONSTRUCTION AND RENOVATION SERVICES


Okay lepas tu, aiii kenalah bertungkus lumus mengemas rumah. darling? King kot dia hari tu. dok tengok TV jelaaa ehhh darling? Aiii xpasal2 kena marah dengan mak sebab lambat sangat nak buat air untuk darling? For God sake, darling is not a tetamu okay. bukan ke dia pandai amek air sendiri? haahahah (darling jangan marah eh) So bekejar laaa nak buatkan airrr, nak bagi dia kuih, nak prepare sejadah untuk dia solat.(grrr..tetamu terhormat nih.. makin naik laaaa tanduk dia)

Lepas tolong mak prepare dinner, aku pun start lah kereta untuk hantar darling balik pulak. sebab malam tu dia ada game futsal dengan gang dia. Darling take over the driver seat. MRR2. agak jammed la jugak. but we enjoy the jammed. sebab boleh happily borak-borak together, gelak together-geder. Thanks sebab sudi drive-thru untuk belikan saya McFlurry Oreo. walaupun line drive thru panjang, and hujan pulak, Sudi je awak belanja saya ice cream. hehehe me totally enjoy the moment! ;p

Source : Google

Lepas hantar darling balik, me drive balik rumah sorang-sorang. and jammed sangat terok,and I stuck like 20mins in front of flamingo Ampang! almost Half an hour okay! Alone! Cehhhhh sampai je rumah, i turn become Cinderella, cuci the house, mop the house, lap-lap perabot. Aiii totally busuk that time, pkol 9 baru laaa ai berpeluang untuk mandi. gerammmmmmmm teramat! 

So malam tu I spent my nite watching RA-ONE at Imran's game player atas my bed. we bertiga beradik tidur in my room share my small bed! Imagine laaa Imran is totally big in size, me pun big, only intan the smallest, who win the fight?LOL okay we totally sleepy sampai we bertiga dono who yang tutup the DVD for us. sebb semua dah terlentok time tengok RA-ONE tu. aiseehh must be our mom la!

So tu je laaa nk dijadikan cerita untuk Saturday punya entry. Later I update my Real Sunday's Entry! :p




REGARDS,

Blog Owner!








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...