Friday, February 10, 2012

Kerana Sekeping Gambar !

 
Hanya Kerana Sekeping Gambar,
Dia yang aku kenal bukanlah yang begini,
Dulu keras benar hatinya,
Intonasi juga berbeza,
Matanya garang,
Bibir jauh sekali mengukir senyuman.
Kiasan jauh sekali diadaptasi.


Hanya kerana sekeping gambar,
Dulu dia tidak seperti kini,
Dulu lagaknya kasar,
Bahasanya kesat,

Hanya kerana sekeping gambar,
Ah, bagai sukar dipercaya!
Dia jauh berubah,
Aku saksi setiap perubahannya,
Dulu dia biasa sahaja,
Kini bagiku dia jauh luar biasa,

Hanya kerana sekeping gambar,
Dia jauh berubah,
Sejujurnya dia jauh lebih baik,
Tuturnya lembut,
Matanya redup,
Bibirnya penuh dengan senyuman,
Bahasanya penuh dengan kiasan,
Lembut bicaranya,
Intonasinya juga berbeza.

Hanya kerana sekeping gambar,
dia mampu buatku terharu,
Hanya kerana sekeping gambar,
Baru aku sedar akan perubahannya,
Hanya kerana sekeping gambar,
Baruku sedar kematangannya,
Hanya kerana sekeping gambar,
Baru ku tahu niat hatinya.

Hanya kerana sekeping gambar,
tiada apa yang mampu terucap.


Wish we could grew old together.




YOU, THANK YOU!





LOVE,
BLOG OWNER








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...