Thursday, February 9, 2012

Masakan Paling Mudah




Hai you all. hari ni, short entry je tau! Photo with recipes.
Sebab adeeb ni asal cuti panjang memang tak lepas untuk memasak je. 
Ni je la sebahagian dari hasil masakan saya yang tak seberapa ni.




Baby Sawi with Oyster Sauce/Sayur goreng

Ingredient : 
Sayur apa-apa sahaja.
5 ekor Udang
Hirisan Cili Besar
Hirisan Bawang Putih
Satu sudu Sos Tiram
Sedikit Garam
Sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air.
sesudu minyak masak
Cara-Cara memasak.
Rebus air hingga mendidih. celur sayur. toskan.
Di kuali, masukkan minyak masak dan
Tumiskan bawang putih,
Masukkan Udang, sos tiram, garam, tepung jagung dan cili besar.
Tuang kuah diatas sayur.




Soup Lala
Ingredient :
Lala (Kerang)
1 biji Bawang Merah dihiris
3 biji cili api di belah dua
1 Batang cili besar dihiris
Garam/ajinamoto secukup rasa
Air

Cara-Cara Memasak :
Didihkan Air dan masukkan lala
masukkan hirisan bawang dan cili-cili
masukkan garam dan ajinamoto.
Tunggu sehingga mendidih, dan SIAP!






Fish Fillet with plum sauce

Ingredient :
Daging ikan dipotong dadu
Minyak, Garam, gula
1 sudu Tepung Jagung
4 sudu besar Cili sos
5 Cili padi
1 batang cili besar
1 biji bawang merah dipotong dadu
4 biji bawang putih didadu kecil
8 hirisan halus halia
Cara-Cara Memasak : 
goreng ikan bersama tepung jagung
kemudian tumiskan bawang2
masukkan cili sos, garam gula
masukkan cili, halia,
Then tuangkan sos pada ikan yang telah digoreng




Vegie Cucur
Ingredient
3 cawan Tepung Gandum,
Pelbagai jenis sayuran
Boleh masukkan ikan bilis
1/2 cawan air
Garam
secubit serbuk kunyit
hirisan daun sup

Cara-Cara Memasak : 
Masukkan tepung gandum
dan semua bahan-bahan diatas
kemudian masukkan air.
make sure not too much water.
kemudian masukkan daun sup
Lepas tu goreng la.





Sweet Mango Salad

Ingredient :
Strawberries
Mango
lil bit of fine sugar Dressing
Or you can pour some nutella.


Okay itu sahaja untuk hari ni. Terima Kasih semua
Adios People.






YANG MEMASAK
Blog Owner







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...