Thursday, March 1, 2012

Bila Terlalu Penat




Izinkan lah aku pergi bila aku lelah
Izinkan lah aku lari jauh dari kota
Izinkan lah aku hilang untuk seketika
Izinkan lah aku lenyap dari pandangan nista

beratkah permintaan itu
bukan lama
sehari cuma
berat sungguh untuk kau tunaikan

dibiarkan seorang
apa mampu aku melawan
kau sangka aku cukup kuat 
walhal aku berperang dengan perasaan
hebat menembak siksa

saat kau sangka aku kuat
aku menangis dalam hati
air mata penuh
diseka dek tak mahu kalah

Saat kau sangka aku kuat
hati aku lemah mengapai kekuatan yang hilang
hati aku cukup rapuh
kesedihan menjalar diseluruh uratku
Menggeletar seluruh jiwa.

Mungkin kau lupa,
aku masih anak kecil,
yang dihumban ke alam ini,

mungkin kau lupa,
aku masih anak kecil,
yang perlukan bimbingan,

Mungkin kau lupa,
aku berpura kuat.

Mungkin kau lupa
kematangan belum lagi milikku.

mungkin kau lupa
aku pelakon hebat disini
berpura kuat
berpura mengerti
roda hidup.

terima kasih untuk segalanya,
terima kasih untuk kali ini,
itu saja mampu aku ungkapkan,
maaf sekiranya tujuan pertama ku pergi dari sini kerana kerja
kali ni tujuan ku pergi jauh kerana kau.







Thank you,

Regards,
Blog Owner.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...