Thursday, March 8, 2012

Hai Awak . . .

Hai awak,

Assalamualaikum.
awak ke tu? awak lawat blog saya lagi malam ni? Awak masih setia baca blog saya? terima kasih. Maaf, kadang-kadang isi blog ni adalah untuk awak. awak tau kan? awak terasa ke? maaf la okay. Saya ada blog ni je.

Kadang-kadang tak tau nak luah kan  kat siapa. Lagipun, awak akan dapat update tentang saya dalam blog ni, kan awak? saya rasa awak kenal saya lebih mendalam daripada blog ni. betol tak? maaf, kadang-kadang susah saya nak luahkan perasaan melalui percakapan.

Awak jangan lah kecewa dengan saya. saya lebih selesa menulis macam ni, bila hati saya berkata-kata, tangan saya akan menulis setiap rasa hati saya saat itu. bila saya nak bagi tahu awak, kadangan-kadang saya cakap 45% je dari isi dia. saya tak pandai nak luahkan dalam bentuk percakapan.

Bila saya geram, awak tau saya mahu bersendirian.
Bila saya marah, awak tau saya akan berkarya.
Terima kasih kerana terusan menjadi inspirasi saya, awak. 

Awak, saya dah start counting the day. saya takut. gemuruh. seram. semua nya laaaa. Awak pulak macam mana? kadang-kadang malu nak tanya apa perasaan awak. ;) takpe lah. mungkin lepas awak balik dari holiday nanti baru saya tanya.

huhuhu tak sangka dalam masa seminggu je lagi untuk kita habiskan masa bersama. lepas tu awak akan away from Malaysia for 10 days. paling lama kan? saya harap ia tak seteruk waktu awak pergi thailand 2 tahun lepas. time tu memang agak senget jugak saya dibuatnya, handphone saya sunyi. fesbuk saya takda update dari kamu.

Tapi rasanya 10 hari tak la lame sangat lagi pun tempat yang awak nak pergi tu, is a contactable place. Saya boleh contact nenek saya bila awak kat sana. ;) Terima kasih b. terima kasih sebab sudi nak jenguk nenek saya & family saya yang lain kat sana. Wish you have a great holiday ever. kirim salam saya pada laut dan pemandangan kat sana. huhuhu waaa, den da start sedih ni. da lama saya teringin nak jejak kaki kat situ. insyaallah ade rezeki saya pun nak balik bercuti.

Apa-apa pun awak jaga diri awak k. kat tempat orang jangan buat yang pelik-pelik. Saya tunggu awak kat sini. Lepas tu kita da boleh start counting the day sama-sama.






je t'aime,
Blog Owner.












2 comments:

Amyra Azhar said...

betul la, sy pun tak pandai nk luah kan melalui percakapn :-)

adibahrisha said...

kan dear? i pun rase ramai lagi yg begitu. lebih andai menulis dari bercakap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...