Saturday, March 24, 2012

Tuptuptup akhirnya. . .

Salam pembaca semua.

Akhirnya hari-hari yang dinanti bakal tiba. Alhamdulillah setelah sekian lama menanggung perasaan. Akhirnya, esok, hari-hari yang dinanti bakal tiba. Perasaan ketika ini, berdebar, berdebar sangat. Macam baru first time nak jumpe dengan kekasih hati. Dupdapdupdap!

Malam itu saya sibuk berdiri dihadapan almari.  lama mencari dengan debaran dijiwa.

"kenapa saya gemuruh?"

Menyelak helai demi helaian mencari pakaian yang sesuai. Tangan pantas menarik 2 helai selendang untuk mencuba. Saya tak mahu buang masa lagi bila awak nak jumpe saya nanti. saya tak nak spend to much looking for what baju to wear for date. Oh tuhan, tak lama lagi hari itu bakal tiba. tak sabar bercampur debaran. sudah lama menghitung hari. sudah lama mengira saat-saat ini.


Bibir xberhenti mengukir senyuman. saya bahagia!


Tak sabar saya nk jumpa awak lepas 12 hari xbertemu. paling lama dalam sejarah. kamu tak pernah keluar selama ini. uwaaaaaa kamu xtau setiap kali saya bangon tido saya lupa kamu tiada disini. bila saya kat lift office, saya nampak kamu senyum lebar bawak breakfast McD untuk saya, bila saya nak keluar lunch saya nampak kamu ajak saya makan nasi goreng kak Rock.





Bila saya nak balik, saya nampak kamu tunggu saya kat bawah untuk jemput saya. Saya senyum. tapi tu bukan awak. Bila dalam train, kadang2 saya nampak awak pandang saya. Saya senyum. tapi tu pun bukan awak. 


Bila masuk rumah, saya nampak awak duduk kat kerusi tu. awak senyum. tapi bila saya kelipkan mata, awak takda. bila saya habis dinner, saya nampak awak simpan je pinggan atas meja. saya rindu nak tegur awak suruh simpan dalam singki. Awak senyum. 


Bila kat garage saya nampak saya sedang hantar awak dan lambaikan tangan. saya rindu nak cakap drive elok2, sampai rumah text saya. (Air mata sudah jatuh berjurai saat ni) 


Baru saya tahu, awak adalah habit saya. hidup jadi tak normal tanpa kamu. hampir 3 tahun, awak la rutin saya. Saya nak tak nak xboleh lari dari kamu. saya dah cuba busy kan diri seperti yang kamu mahu tapi saya gagal. saya ingat awak setiap masa. bila kamu telephone cakap cuaca laut tak menentu. ombak tinggi, saya takut. saya menangis. saya risau. sungguh! 


Semalam saya tekad nak jemput kamu kat LCCT. tapi kamu make fun pulak. kamu takut saya sesat ke Seremban. bila saya kata saya terror dengan jalan kat seremban, kamu kata saya akan sesat ke Johore pulak. hurm. takpelah. saya tunggu awak okay. ;)


Saya betul-betul xsabar nak tunggu ahad! Kita jumpa ya nanti awak. ;) (kesat hingus yang ngade2 nak kluar)






 Love,
Adibahrisha.

P/s : I miss You. 








4 comments:

Rara Nasiha said...

so sweet! :)

adibahrisha said...

thanks dear for drop by,

Imraatul Farihah said...

sooo sweett. terharu bce post nie.
smga Allah permudahkan urusan kalian berdua. Ameen.^__~

adibahrisha said...

thanks ira ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...