Thursday, April 5, 2012

When Strong Boy Fall Sick


Bila aku pulang dari kerja isnin yang lalu, Aku tidak mendengar sebarang bunyi suara. selalu gelak ketawa menerpa laju telingaku. Tapi malam itu, sunyi. Mana perginya Eimran? Satu-satunya adik lelaki ku. Selalunya dia akan duduk dihadapan TV sambil bertanya, 

'Kak kenapa kau balik lambat?'
'Ada apa-apa tak kau bawak balik untuk aku hari ni?'

Malam itu, tiada siapa yang menyapa aku. Aku jadi pelik. Lalu ku masuk ke bilik setelah aku lihat emak, sedang sibuk menyediakan makan malam. Intan sudah tentu ke surau untuk berjemaah Maghrib begitu juga dengan bapaku.

Bila sahaja kaki ku melangkah ke bilik, mata ku pantas menangkat Eimran sedang berbaring lesu, tubuhnya berbalut selimut tebal. Selimut yang jarang-jarang sekali digunakan. Selimut itu setahu aku diguna bila musim hujan. Wajah Eimran pucat. 

Ku lihat dimeja sebelah katil, Penuh dengan botol-botol air. 100+, Air Badak, Air Mineral, Ubat-ubatan. Eimran membuka matanya. Dia senyum. tapi lemah. Aduh, hati seolah-olah mahu menangis! Kau demam eh? Kesiannya. Tetiba aku merasa bahang kepanasan badan Eimran. 

Entah sejak bila, Eimran lebih selesa tidur dibilik ku dari tidur dibiliknya sendiri. Walaupun jarak umur kami 10 tahun, tapi Eimran memang rapat dengan ku. Badan Eimran Panas. Bibirnya pecah berwarna merah, matanya merah berat.

Kesian Eimran. Malam itu aku volunteer untuk menjaga Eimran. Aku letakkan kain lap sejuk di dahinya. Aku bangunkan dia untuk minum air. Sesekali bila batuk nya kedengaran aku akan terjaga dari tidur ku.  sedih! bukan selalu dia demam. selalu sebelum tidur kami akan bercerita tentang jadual harian, kami akan tengok video sewaktu eimran kecil dari handphone ku, Kami akan bertinju sampai Eimran menangis, kami akan bergurau sampai Eimran merengek mahu tidur kerana esok mahu sekolah.




Bila aku lihat dia begitu, entah kenapa sayu benar. aku yang lihat dia membesar depan mataku. Selasa tu, aku lihat Eimran masih lemah. kesian dia. tak sampai hati aku nak tinggalkan dia seorang dirumah.

Tadi pagi, Eimran tegas mahu ke sekolah walaupun beliau dapat 2 hari pelepasan dari doctor. demamnya memang panas.  kesian Eimran. Aku pun ke pejabat seperti biasa. sedang aku busy dengan hal-hal dipejabat, Mak telephone, Eimran terpaksa balik rumah, kerana demamnya makin teruk. Risau aku dibuatnya.

Bila aku pulang, Eimran betul2 sakit. demamnya makin panas. Kini dia akan mengeluh matanya berat. takut benar kalau Eimran kne denggi. Malam ni Mak take over jaga Eimran kerana kesibukkan aku menyiapkan report. 

Hopefully Eimran cepat sembuh bila dia tidur dibilik mak.

Akak doakan Eimran cepat sembuh. sebab akak tak leh tido kalau tak share cerita dengan Eimran. walaupun kau nampak aku selalu je layan kau kasar2, selalu cubit kau, membebel dekat kau, Tengking-tengking kau, tapi aku tetap sayang kau. okay, da faham tak? bila kau besar kau baca entry ni okay Eimran!



Good nite brother.




Love,  
kakak kau!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...