Tuesday, August 28, 2012

Berpisah


Petang itu aku dikejutkan lagi oleh si dia. Katanya beliau punya 1 berita buruk untuk ku. Dia lelaki yang aku kenal jarang sekali memberi kejutan buruk untuk ku. Segalanya manis belaka. Senyuman yang aku ukir hilang. aku memandang tepat kematanya. Benak hatiku meronta dengan pelbagai persoalan.

'Berita apa yang buruk sangat?' persoalan ini membentak hampir pecah didada-dada jantung ku. Aku melihat dia diam sejenak. Mungkin menyusun ayat-ayat yang sesuai dipendengaranku. Aku angkat keningku masih menanti dia berbicara.

"Cakaplah ape berita buruk tu?" tanya aku. setelah tahap kesabaran senipis kain lycra. 
"Mungkin, minggu depan abang kena pergi Sabah. 2 minggu kat sana!" Zuuuppppp! 
"Sabah?? Kenapa awak yang kena pergi?" 



Berita buruk ke tu? Entahlah apa yang pasti aku sudah dapat bayangkan betapa teruknya keadaan aku nanti. Entahlah makin lama makin susah nak jauh daripada dia. kenapa eh? boleh tak sapa boleh share dengan adeeb. korang ade tak perasaan cmni. perasaan tak mahu berpisah. tak mahu jauh walaupun 24 hours. Ah payah lah macam ni. 








Saturday, August 18, 2012

Cara-Cara Solat Sunat Aidilfitri



Cara Dan Panduan Solat Sunat Aidilfitri

PENERANGAN:
Solat Sunat Hari Raya mengandungi takbir tujuh kali pada rakaat pertama, dan takbir lima kali pada rakat kedua, yang mana dibaca tasbih diantara takbir-takbir tersebut. Dan apabila selesai takbir dan tasbih, barulah diteruskan solat seperti biasa.


اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر


أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ


كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ


كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ


اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ


NIAT:


أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Maksud: Sahaja aku sembahyang sunat hari raya aidilfitri 2 rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.

RAKAAT PERTAMA:

Takbir 7 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar) dan doa iftitah. Kemudian Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun.

RAKAAT KEDUA:

Takbir 5 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar) dan Al-Fatihah serta Al-Ikhlas.
google.

Berbeza dengan Solat Jumaat, khutbah Solat Hari Raya adalah selepas solat. Setelah selesai khutbah, umat Islam digalakkan bersalam-salaman dan menziarahi sanak saudara, jiran tetangga serta sahabat handai.
Sekian Salam Aidilfitri
Dari Adeeb.

Wednesday, August 15, 2012

Hari Raya Wishes



Sekejap rasanya masa berlalu. Rasanya baru semalam kita sama-sama bersahur untuk menyambut ramadhan, dan kini kita sudah sampai dipengakhiran Ramadhan Kareem. Masyaallah sesungguhnya Masa itu terlalu pantas berlalu. Begitu jugalah dengan segala kenangan. semakin cepat masa berlalu semakin banyak kenangan kita.

Macam Adeeb Sendiri Tahun ni merupakan tahun ke tiga menyambut Aidilfitri dengan suami tunang. Seperti yang kita tahu kebanyakkannya tarikh dibawah jatuh pada bulan ramadhan atau pun syawal. 

20 08 2009
20 08 2010
20 08 2011
20 08 2012


Jadinya kami mengambil keberkatan bulan mulia ni untuk mendoakan hubungan kami berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan dipanjangkan jodoh kami hendakNYA. Aamiinn...


Hari Raya Wishes


Apa- apa pun, Adeeb ingin mengucapkan selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin, khas buat keluarga-keluarga Adeeb di KL, Johor, Indonesia, Batam tak lupa juga pada keluarga Tunang yang Alhamdulillah dapat menerima Adeeb dengan baik. 

Adeeb juga nak ucap Selamat Hari Raya buat rakan-rakan Adeeb yang always there when needed, Thank you guys, to my school friends, you rock dear! To my colleagues who celebrate hari raya, Of course this wishes is for you too. 

Not to forget my Social Media Friends, Blogger, Facebook-er, Twitter, Flickr-er, myspace-er, Instagram-er, and many more, I love you and Salam Lebaran Minal 'Aidin wal-Faizin buat semua!

Di kesempatan ini juga Adeeb nak memohon ampun dan maaf sekiranya secara Sedar atau diluar sedar, Adeeb/Ibah mengguriskan hati kalian, ada terkasar bahasa (ni mesti Inchik tunang senyum ni kalau dia baca, mana taknya org asyik terkasar bahase je dengan dia kan?) ada terngumpat ke, ada terkasar kelakuan ke, Atau pun secare sengaja atau tak ter keluar semua bahasa yang tak betul ke, apa ke... harap korang dapat maafkan Adeeb.




Sekian Salam Aidilfitri,



Adibahrisha











Wednesday, August 8, 2012

Hari Raya Facebook Cover



Hari Raya is just around the corner. Dah boleh rasa daa aura hari raya tu. kan you all? lagu-lagu raya dah mula berkumandang di radio dan di facebook ;) 

eh eh cakap pasal facebook ni, Cik Adeeb mengrajinkan diri untuk design "Hari Raya Facebook Cover" untuk you guys tau. 
You guys boleh save image on your computer and upload as your Facebook Timeline Cover!


Design 1



Design 2

Design 3


Design 4

 Design 5



Design 6


 Design 7

Design 8



Design 9
 




More design to come. 
You also may request ucapan. 
and cik adeeb akan buat untuk you all. heheh 


Dont forget to click Share to your FACEBOOK about this ;) 





Love 
Blog Owner



REQUEST FROM BLOGGER

1 Arynsan












Tuesday, August 7, 2012

Pantun Hari Raya



Pejam Celik Pejam celik, Brapa hari je lagi nak raya. So orang rase korg semua da sibuk nak buat kuih raya, nak shopping baju raya, Nak tempah baju, nak belikan cik abang butang baju melayu, nak beli perabot baru, nak tukar duit raya, nak g servis kereta dan sebagainya. 

So, jom layan pantun 4 kerat bagi setiap negeri di malaysia :


Kelantan
Make ikke cicoh budu 
Jange lupo tamboh satar 
Kelik rayo taksir laju 
Nanti rayo dale sepita 


Terengganu
Makang ubi jamang jepong 
Makang kepok cicah cuke 
Bulang pose mung bengong 
Bulang raye mung gile 


Pahang
Sepadan Pahang ada kasino 
Nasi dagang ikan patin 
Jange mu masam muko 
Raya makan rendang sadin 


Johor
Cegitu cegini awak suke 
Awak suke kite tak suke 
Esok luse hari raye 
Sama-sama bersuke rie 


Melaka
Hawau kau berak merate 
Kaki bengkak ulau patok 
Kalu balik naik kerete 
Jangan pandu kalau ngantok 


N. Sembilan
Masak lomak cili api 
Campo dongan daun turi 
Hari rayo kolumpo sopi 
Tinggal penyamun dongan pencuri 


Selangor/K.Lumpur
Wa cakap lu wa tak tau 
Tapi wa tipu sama lu 
Raya jangan buat tak tau 
Angpau ada bagi gua dulu 


Perak
Gulai tempoyak ikan mayong 
Deroyan busok tebok tupai 
Pandu hemat ingat kampong 
Asal teman selamat sampai 


Kedah
Aloq Staq terketaq-ketaq 
Lapaq perut makan pau 
Macam mana tak ketaq 
Kena paksa bagi angpau 


Penang
Nasi kandaq kedai mamak 
Anak mami juai pesemboq 
Lepas raya usah dok triak 
Kalu ceti mai ikut dapoq 


Perlis
Padang besaq kecik aja 
Tempat siam lalu lalang 
Hari raya kita berbelanja 
Jangan sampai menambah utang 





Pergi pasar bawak cik Tija
 cik Tija sibuk cari bahulu,
sudahlah sampai sini saja,
cik blog owner nak bla dulu.



Yang benar,

Adibahrisha.








Friday, August 3, 2012

Skola? Oh, My English!




Haaaaa tu laaa sebelum tertipu meh cik Adeeb cakap, Blog cik Adeeb ni, memang tak AKAN tunjuk picture persiapan kahwen atau pun Tips-Tips DIY untuk Wedding. Sebab.... Sebab cik Adeeb ni da lah tak de pengalaman, Lepas tu Tak reti menjahit, Tak reti nak gunting kain, Tak kreatif, Tak tau pilih kain, Tak reti nak pegang jarum dan tak reti nak merajin kan diri, tak reti tu, Tak reti ni dan pelbagai jenis "Tak" lagi.



So post ni orang nak share cerita ZAMAN KANAK-KANAK cik Adeeb! 


Darjah 1
SK (P) Jalan Batu Kuala Lumpur.



Apa yang bestnya Sekolah rendah cik Adeeb ni, Dia Sekolah PEREMPUAN. Murid lelaki takde melain kan Cikgu Lelaki. Tertanya jugak kenapa laaa mak aku hantar aku ni pergi sekolah perempuan?
Selain tu, sekolah ni dia terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur. Belakang Sekolah Cik Adeeb Ade Maju Junction (Dulu waktu org sekolah, building tu under construction) Not far from school We have Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman and etc

Sekolah ni dia menyediakan pendidikan khas untuk anak2 istimewa. they have their own block. I still remember pukul 6 pagi cik adeeb da terpacak kat school. Sebab pergi naik bas sekolah. bas mini lagi tu tau! kenangan betul. Budak sekarang kita sebut bas mini dorang jawab "WTF is bus Mini?" Oh, your English!

Okay bila sampai Skola tu, Cik Adeb selalu jugak skodeng student2 istimewa ni. bilik darjah dorang lain sikit dari ktorg. Adoi nak cerita ape lagi eh, da banyak la lupa pasal sekolah ni. Erm yang pentingnya bila kat sekolah ni memang tak tenang kalau nak study. Dulu je walaupun kenderaan sikit, tapi bising yang amat. Ko bayangkan je laaah jah budak2 belajar kat skolah tu zaman sekarang ni? Kompem bising gile. Bunyi jammed, Monorail, Orang bina bangunan, Orang betulkan jalan. Ishhhh tak sesuai okay sekolah kat tengah bandar ni! 

Nak dijadikan cerita setiap kali cik Adeeb balik, We all akan tunggu bas skolah ktorang kat depan 
SK (L) Jalan Batu, Jalan Raja Laut KL.

 Sekolah budak lelaki ni terletak ngam-ngam seberang jalan sekolah Cik Adeeb. Selalunya aktiviti wajib budak sekolah perempuan waktu balik sekolah ialah seludup masuk sekolah budak lelaki ni, pergi kantin beli hotdog/nugget. lepas tu bila student lelaki dia spot kitorang start lahh dorang nak kejar ke, nak halau keluar ke and etc. Tak faham laaa kenapa laaa aku ni nakal sangat time kecik2.



Nilaaaa diaaa picture sekolah budak lelaki. Im sure You guys penah lalu kot.

Darjah 2 - Darjah 6 
SK Gombak Utara




Lepas family Adeeb pindah ke Gombak. Adeeb pun Pindah la sekolah. Masuk SK Gombak Utara. Haaa Sape dari sekolah ni? Sila la angkat tangan. 

Banyak gila kenangan kat skolah ni. Termasuklah setiap hari jumaat pakai tudung. sebab dulu cik Adeeb tak pakai tudung. start darjah 3 baru pakai tudung secara Full Time. 

Lepas tu Balas-balas surat cinta budak2 kecik. hahahah Lepas tu Ada gang/group sendiri. Nama gang Cik Adeeb "Gang Otai" haaa kau ade? Dgr nama je da Otai. Tapi sekarang masyaallah gang2 cik Adeeb semua jadi sopan gila. Dulu ish ish ish buruk perangai.

 So nilaaa dia sebahagian dari gang2 otai. Siap ada yang bawak anak lagi. kelas!!!! Oh picture taken waktu reunion gang otai. ktorang g picnic ;)

Paling tak leh blah bila bab Makan Laksa. Group ktorang ni ade 1 tabiat makanan yang pelik time rehat. Ktorang akan makan laksa cicah kopok lekor. haaa and and ktorg punye mangkuk tu memang akan licin! 



+




cukup Pelik tak?


Darjah 3 - 6
SR Agama Sungai Chinchin (SRASC) Now known as SR integrasi Gombak. 




Nak dijadikan cerita, Dulu lepas pindah ke Gombak, Depan Rumah Cik Adeeb ada sekolah agama. Not really depan laaa. Sebb rumah cik Adeeb Atas bukit, So bila keluar dari beranda, kita boleh nampak Sekolah Agama tu. Waktu darjah dua, Cik Adeeb tak sekolah agama. Tapi selalu jugak bangun pagi awal  sebab dengar orang bunyi kan loceng ice cream. Waktu pindah rumah, pelik jugak. Dari mana bunyi loceng ice cream tu.. Lepas tuuu baru tau loceng ice cream tu dtg dari sekolah agama.

 Then mak orang offer la. Nak masuk sekolah agama ke? Then org pun okay je laaa. since ramai kawan area rumah tu pergi sekolah agama. Cik Adeeb je dok umah.

 So bila da sekolah agama baru cik Adeeb tahu, almost 80% kawan2 sekolah agama adalah kawan2 sekolah kebangsaan Adeeb. So makin galak and syok laaa dok skolah kat situ. Pengalaman sekolah agama ni tak banyak yang orang ingat. tapi yg pasti :

Ada 1 Ustazah ni kalau tak silap nama dia, Ustazah fauziah. oh Ade dua orang nama Ustzh Fauziah, 1 pakai purda. satu tak pakai. Yang pakai purda ni la. yang cik adeeb ingat sangat. Kalau tak siap kerja sekolah dia, kompem kena denda. Denda dia memang sakit! 


"Separuh berdiri Separuh duduk"

haaa test laaaa buat bnda ni selama setengah jam. Ape jadi kat korang. 

 
And banyak laaaa cerita2 dia. Aih aku rasa kali ni aku cerita bab sekolah rendah je laaa. sebab sekolah menengah lagi panjang karangan dia. 



Dah laaaa! 

k Bai. 



Penat Taip!
Blog Owner.





















HANTARAN TUNANG


Topik Adeeb Hari ni ialah Hantaran Tunang. Taraaaaaaa! hehehe walaupun da masuk 2bulan 1minggu Adeeb tunang, Ni baru lah ada masa nak share dengan korang pasal persiapan hantaran tunang cik Adeeb. Punya la busy gila kannn kalah Pak Menteri *Konon*

" Bab Hantaran Tunang Cik Adeeb Angkat Tangan "
Haaa ni laaa yang unique nya. Kebanyakkannya kita semua ni sudah mula teringin nak ber-DIY bila bab barang hantaran sendiri daripada mengunakan khidmat pakar. Untuk Kepuasan katanya. Macam Cik Adeeb sendiri, memang mak adeeb ni Florist, dia memang selalu buat hantaran untuk orang jadi, molek sangat laaa kan, time cik adeeb nk tunang dia laaa yang buat hantaran cik adeeb sendiri. Eh I pun ade gak tolong sikit2.

So bermula laaaa episod menghunting barang dan bakul2 hantaran.  Eh aku ni memang da habit agaknya kan? bile org cakap, ko nk hantaran colour ape? nak bentuk cmana? nak bape dulang, kerja aku hanya angguk geleng2 je.


Read more on my preparation :  
http://adibahrisha.blogspot.com/2012/03/1-month-4-weeks-1-day-i-love-u.html

Cik Adeeb bukan laaaa sorang yg cerewet. Bagi aku, apa2 sahaja sudah okay. klo da ade mak yang lebih mahir, so I follow je laaa ape yang mak aku nak. Tapi mak aku ckp, sebb nk tunang ni aku, jadinya aku laaaa yang kena buat decision. Sigh! ko tau aku ni memang tak reti nak pilih. So byk kali cik adeeb ckp  :

"Makkkkk ape je yang mak rase baik, colour dia cntik, mak amek laaa k. orang tak kesah. pape pun boleh. orang bayar."

So we all memang spend time lame gile Kat SSF jln tunku abdulrahman, Pastu g kedai Reben, Pastu g kedai barang2 hantaran buat survey colour. Sebenarnya You all I niiiiiiii memang phobia dengan color pink! Eeeeeeeeeeeee aku kalo nampak kaler pink ni mulaa laaa nak muntah. sebb memang tak suke. heheheh


Mak I pulakkkkkkkkk memang faveret dia. dia ckp pink ni perempuan. Pink ni lembut. pink ni sweet, Pink ni cute. weeeeeeekkkk rase nak muntah dengan kaler pink ni! Puas Adeeb berdoa 

"Oh, mintak-mintak laaaa barang hantaran aku bukan warna pink! puhlis puhlis"

Pastu mak aku tunjuk laaa segala mcm jenis combination colour. Since Mr. Darling is yellow and green, So mak decide to pick Purple and pink.  Haaaa kauuu tengok, tengok you all, colour ape yang my mom pilih? kaler pink ennnn? Pink ennnn?? tidaaakkkkkkkkkkkkk!!!!! 

Tapi nak buat macam mana. da aku sendiri tak nak decide colour ape yang aku nak. Mak ape lagi, dia amek laaa kesempatan! kesempatan kat aku. Ape yang aku boleh buat time tu ialah angguk je laaa! Setuju jee laaa dengan ape yang dia ni nak.  Dia kan suka Pink!

Soooooo we all pun beli laaaa ape segala mcm keperluan nak buat brg hantaran ni. 

Satu cerita sudah habis. Ni nak cerita beli Isi Hantaran pulak.

As per agreed, Kami beri Hantaran 7 berbalas 5. Haaaaa yang ni pun cik Adeeb sebenarnya angkat tangan. Sebb yang kalut and excited nak beli barang hantaran ni semuanya Inchik Tunang. Kalau bab barang hantaran ni, kita da tak main daaa macam zaman dulu2. We all beli barang sama. Guna duit sama-sama. Da takde istilah, saya beli barang awak sorok, awak beli barang saya sorok2. heheheh


Dari Cik Adeeb

Crabtree and Evelyn Toiletries
Polo Wallet & Belt / Polo Sunglasses
Sejadah & Kain Pelikat
Hotel Maya Chocolate Cake
2 Boxes Ferrero Rocher + 1 boxes of Cup cakes
Fruits (Strawberry, Cherry, Lychee) 
Sireh Junjung and His Ring


7 Warna Pelangi, 
7 Petala langit,
 7 petala bumi,
 7 dulang dihiasi
 27 May menjadi saksi 
Tanda Cinta Kami



Crabtree and Evelyn Toiletries


 Fruits (Strawberry, Cherry, Lychee)

 Sireh Junjung and His Ring

 
 Sejadah & Kain Pelikat

Polo Wallet & Belt / Polo Sunglasses

 2 Boxes Ferrero Rocher + 1 boxes of Cup cakes


Ni semua my Lovely Mak yang buat. walaupun cik Adeeb tak berapa minat colour pinkand purple, but it came out nicely. Ke atau pun kerja my photograher yang makes this photo look really naise? ngeeee. Okay so ni laaa dia hasilnya. My hantaran untuk Inchik Tunang.

Di Blogpost akan Datang, cik Adeeb akan cerita pulak Siapa Photographer untuk majlis Cik Adeeb ! haaaaa Handsome! Tapi sorry la you all dia da berpunya! ;)  Tunggu k!

Tu je la Hari ni. Kalau ada pape nak tanya, mne cik adeeb beli bekas hantaran, and flower, and etc boleh laaa comment je kat sini. kalau malu-malu nak comment. Email je la macam biasa. Email Cik Adeeb : ibahrish@gmail.com






 Terasa segar kembali peristiwa Cik Adeeb Dilamar ahaks ;) 
 oh tuhan, masih terasa gementarnya!



Sekian Trima Qaseh,

Love,
Blog Owner















Wednesday, August 1, 2012

55th Merdeka Big Sale



Kuala Lumpur, Malaysia - August 1st, 2012 – In conjunction with Malaysia Independence Day celebration, Malaysia most pioneer web hosting provider, Webserver.com.my will be offering the irresistible fifty percent discount promotion for all .my domain name registration and domain name renewal.

This Merdeka Big Sale deal will be available starting from 1st August 2012 until 31st October 2012. The objective of the promotion is to offer client with the most affordable price to own a country code domain name. In addition to that, this is the best time for client to grab this opportunity to register .my domain name in bulk and get instant fifty percent rebate.

The fifty percent discount is valid for all new .my categories domain registration including .my, .com.my, .net.my, .name.my, org.my, .edu.my, .gov.my and .mil.my. This 50% discount promotion also valid for .my domain name renewal. However for domain name renewal, the half price will only be valid up to one-year domain renewal.


About Webserver.com.my

Webserver.com.my is a well establish and trusted web hosting provider in Malaysia since 1999. Webserver.com.my is one of the long established MYNIC reseller. With more than 12 years experience in hosting industries, webserver.com.my able to provide most secure and stable platform and also a reliable benchmark for multiple backup of server hosting to client. Webserver.com.my provides a reliable 24/7 phone supports to clients, makes webserver.com.my stands out compare to other web hosting company in Malaysia. More information is available at http://www.webserver.com.my








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...