Wednesday, August 1, 2012

Petua Berpuasa Untuk Ibu-Ibu Mengandung



Kita Sudah pun berada di fasa kedua Ramadhan. Alhamdulillah. Semoga kita diberikan kerahmatan bulan suci Ramadhan. Okay Hari ni Cik Adeeb nak share beberapa Petua Berpuasa Untuk Ibu-Ibu Mengandung. And sebagai panduan untuk bakal-bakal ibu dan bakal2 wanita yang akan menjadi isteri.






Check it out.



1. Jangan Lupa 5 Zat
Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral.



2. Minum Air Putih
Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan keringat baik di ruangan terbuka atau berhawa dingin.


3. Manisan
Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman hangat dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lainnya. Tetapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda. Lebih baik mulakan dengan kurma. 


4. No Air Sejuk
Jangan minum air dingin atau ais. Biasakanlah berbuka dengan minuman yang hangat. Perut yang kosong kerap menjadi kembung, bila anda terus berbuka puasa dengan air dingin.


5. Berehat sebelum makan
Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan kita. Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin.


6. Jangan Gelojoh
Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik.






7. Banyak Ambil Sayur dan buah
Supaya anda mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat.


Okay Selamat mengamal kan petua ni. Sebenarnya petua mcm ni, bukan praktikal pada ibu mengandung juga. Kita yang tak mengandung ni pun boleh laaa cuba tips2 ni beramai yeh!





Salam 12 Ramadhan

Blog Owner
AdibahRisha







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...