Friday, August 3, 2012

Skola? Oh, My English!




Haaaaa tu laaa sebelum tertipu meh cik Adeeb cakap, Blog cik Adeeb ni, memang tak AKAN tunjuk picture persiapan kahwen atau pun Tips-Tips DIY untuk Wedding. Sebab.... Sebab cik Adeeb ni da lah tak de pengalaman, Lepas tu Tak reti menjahit, Tak reti nak gunting kain, Tak kreatif, Tak tau pilih kain, Tak reti nak pegang jarum dan tak reti nak merajin kan diri, tak reti tu, Tak reti ni dan pelbagai jenis "Tak" lagi.



So post ni orang nak share cerita ZAMAN KANAK-KANAK cik Adeeb! 


Darjah 1
SK (P) Jalan Batu Kuala Lumpur.



Apa yang bestnya Sekolah rendah cik Adeeb ni, Dia Sekolah PEREMPUAN. Murid lelaki takde melain kan Cikgu Lelaki. Tertanya jugak kenapa laaa mak aku hantar aku ni pergi sekolah perempuan?
Selain tu, sekolah ni dia terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur. Belakang Sekolah Cik Adeeb Ade Maju Junction (Dulu waktu org sekolah, building tu under construction) Not far from school We have Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman and etc

Sekolah ni dia menyediakan pendidikan khas untuk anak2 istimewa. they have their own block. I still remember pukul 6 pagi cik adeeb da terpacak kat school. Sebab pergi naik bas sekolah. bas mini lagi tu tau! kenangan betul. Budak sekarang kita sebut bas mini dorang jawab "WTF is bus Mini?" Oh, your English!

Okay bila sampai Skola tu, Cik Adeb selalu jugak skodeng student2 istimewa ni. bilik darjah dorang lain sikit dari ktorg. Adoi nak cerita ape lagi eh, da banyak la lupa pasal sekolah ni. Erm yang pentingnya bila kat sekolah ni memang tak tenang kalau nak study. Dulu je walaupun kenderaan sikit, tapi bising yang amat. Ko bayangkan je laaah jah budak2 belajar kat skolah tu zaman sekarang ni? Kompem bising gile. Bunyi jammed, Monorail, Orang bina bangunan, Orang betulkan jalan. Ishhhh tak sesuai okay sekolah kat tengah bandar ni! 

Nak dijadikan cerita setiap kali cik Adeeb balik, We all akan tunggu bas skolah ktorang kat depan 
SK (L) Jalan Batu, Jalan Raja Laut KL.

 Sekolah budak lelaki ni terletak ngam-ngam seberang jalan sekolah Cik Adeeb. Selalunya aktiviti wajib budak sekolah perempuan waktu balik sekolah ialah seludup masuk sekolah budak lelaki ni, pergi kantin beli hotdog/nugget. lepas tu bila student lelaki dia spot kitorang start lahh dorang nak kejar ke, nak halau keluar ke and etc. Tak faham laaa kenapa laaa aku ni nakal sangat time kecik2.



Nilaaaa diaaa picture sekolah budak lelaki. Im sure You guys penah lalu kot.

Darjah 2 - Darjah 6 
SK Gombak Utara




Lepas family Adeeb pindah ke Gombak. Adeeb pun Pindah la sekolah. Masuk SK Gombak Utara. Haaa Sape dari sekolah ni? Sila la angkat tangan. 

Banyak gila kenangan kat skolah ni. Termasuklah setiap hari jumaat pakai tudung. sebab dulu cik Adeeb tak pakai tudung. start darjah 3 baru pakai tudung secara Full Time. 

Lepas tu Balas-balas surat cinta budak2 kecik. hahahah Lepas tu Ada gang/group sendiri. Nama gang Cik Adeeb "Gang Otai" haaa kau ade? Dgr nama je da Otai. Tapi sekarang masyaallah gang2 cik Adeeb semua jadi sopan gila. Dulu ish ish ish buruk perangai.

 So nilaaa dia sebahagian dari gang2 otai. Siap ada yang bawak anak lagi. kelas!!!! Oh picture taken waktu reunion gang otai. ktorang g picnic ;)

Paling tak leh blah bila bab Makan Laksa. Group ktorang ni ade 1 tabiat makanan yang pelik time rehat. Ktorang akan makan laksa cicah kopok lekor. haaa and and ktorg punye mangkuk tu memang akan licin! 



+




cukup Pelik tak?


Darjah 3 - 6
SR Agama Sungai Chinchin (SRASC) Now known as SR integrasi Gombak. 




Nak dijadikan cerita, Dulu lepas pindah ke Gombak, Depan Rumah Cik Adeeb ada sekolah agama. Not really depan laaa. Sebb rumah cik Adeeb Atas bukit, So bila keluar dari beranda, kita boleh nampak Sekolah Agama tu. Waktu darjah dua, Cik Adeeb tak sekolah agama. Tapi selalu jugak bangun pagi awal  sebab dengar orang bunyi kan loceng ice cream. Waktu pindah rumah, pelik jugak. Dari mana bunyi loceng ice cream tu.. Lepas tuuu baru tau loceng ice cream tu dtg dari sekolah agama.

 Then mak orang offer la. Nak masuk sekolah agama ke? Then org pun okay je laaa. since ramai kawan area rumah tu pergi sekolah agama. Cik Adeeb je dok umah.

 So bila da sekolah agama baru cik Adeeb tahu, almost 80% kawan2 sekolah agama adalah kawan2 sekolah kebangsaan Adeeb. So makin galak and syok laaa dok skolah kat situ. Pengalaman sekolah agama ni tak banyak yang orang ingat. tapi yg pasti :

Ada 1 Ustazah ni kalau tak silap nama dia, Ustazah fauziah. oh Ade dua orang nama Ustzh Fauziah, 1 pakai purda. satu tak pakai. Yang pakai purda ni la. yang cik adeeb ingat sangat. Kalau tak siap kerja sekolah dia, kompem kena denda. Denda dia memang sakit! 


"Separuh berdiri Separuh duduk"

haaa test laaaa buat bnda ni selama setengah jam. Ape jadi kat korang. 

 
And banyak laaaa cerita2 dia. Aih aku rasa kali ni aku cerita bab sekolah rendah je laaa. sebab sekolah menengah lagi panjang karangan dia. 



Dah laaaa! 

k Bai. 



Penat Taip!
Blog Owner.





















4 comments:

Rahmah said...

Sgt seronok kan zaman2 skola...rindunyer

syauQ said...

Puan adeeb.. jgn sebut laksa n keropok lekoq tu. Still my favourite smpai skrng. Huh... mencetus kenangan btl

syauQ said...

Puan adeeb.. jgn disebut pasal laksa n keropok lekoq. Still my favourite smpai sekarang

syauQ said...

Puan adeeb.. jgn sebut laksa n keropok lekoq tu. Still my favourite smpai skrng. Huh... mencetus kenangan btl

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...