Friday, September 21, 2012

Persoalan Single Dan Married




Eh umur u muda nya nak Kahwin?

So I answered them, my friends ade yg dah ade anak pun. anak dia dah boleh lari2 kat taman permainan. and jodoh i dah sampai pun. lagipun umur bukannya kayu ukur untuk mendirikan rumah tangga dan mengukur bahagia tidak. atuk nenek kita dulu2 Kahwin pun umur 15 13 10 tahun.



Kahwin sekat kebebasan?

kalau Kahwin awal tak semestinya kita tak boleh buat apa yang kita buat time single, yang bezanya dah ada orang yang boleh jaga kita lebih masa. Dan Kebebasan apa lagi yang kamu mahu sekiranya kamu sudah bebas bersama suami kamu bila-bila masa.

Kahwin Menambah beban?

Betul. Saya Setuju Kahwin tu penambah beban. Tapi ia tidak dipanggil beban. Ia dipanggil Tanggung jawab. Ia menambahkan tanggung jawab kita pada suami, keluarga kami dan keluarga ibu bapa serta keluarga mertua dan diri sendiri dan lebih bertanggung jawab pada apa-apa sahaja.

Saya memang bukan jenis yang bertanggung jawab. tapi saya boleh belajar.

Sekarang pandai la cakap, belum kahwin, nanti da kahwin, kita tengok?!

Ya betul. saya memang pandai cakap. Saya ikut apa sahaja aturan yang telah ditetapkan oleh Allah kepada saya. Saya bahagia, atau pun tidak, itulah yang saya kena lalui. Jadinya lihat sahajalah. Setiap orang ada masa-masa gembira, dan sedih. Setiap Insan ada jalan ceritanya yang sendiri. dan setiap orang berhak merasakan kasih sayang, dicintai dan mencintai.


Nanti da kahwin susah tau nak kena masak, bangon pagi2 kemas rumah, jaga anak suami!

yelaaaa memang laaa banyak kerja. habis tu sampai bila nak membujang? nanti mak cik cakap saya ni anak dara tak laku la, memilih sangat la, apa2 laaa. See now you see, masyarakat yang merumitkan benda yang simple. Jangan lah asyik nak boom orang lain je. Kita buat salah ke kita buat betul ke, tetap tak betul di mata masyarakat.



kesimpulan :

Kita mungkin rambut sama hitam, tapi tak perlulah nak menjatuhkan niat anak muda yang baru nak membina masjid. 



tension!


aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa





Sekian.
Penulis yang berasa amat sebal



















No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...