Wednesday, November 20, 2013

Izinkan aku





Izin aku kembali bertulis.
Izin aku terbang diawangan.
Izin aku bersahabat dengan pena maya,
Izin aku melakar lukisan liku-liku hidup,
Izin aku mencubit kisah kau dan aku,
izin aku mereneh rencah-rencah hidup dalam blog.

Izin aku luahkan rasa jiwa,
Izin aku rungkai simpul-simpul hampir terikat mati,
izin aku meluruskan rantai-rantai keliru,
izin aku kembali ke dunia yang ku rindui,
Izin aku mengizinkan diri untuk kali ini,
izin kan lah aku.

Saat aku meminta izin,
aku mahu kau tahu,
dalam hidup ku,
walau mereka lihat aku bebas,
tapi aku terikat dengan tanggungjawab ku kepadamu,
aku tidak boleh terbang bukan kerana aku terikat dengan tali mu,
bukan kamu mengikatku,
tapi aku mengikat diriku padamu,
kerana kau tempat ku berlindung,
kerana kau istimewa,
Kerana aku milik kau,
Bahagia kan?
Sang Suami?





Source : Google




















Isterimu,
BlogOwner.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...