Friday, March 28, 2014

Meet Our lil One - 2D Scan




Hi korang,

Sekali lagi, ini adalah post tertangguh sejak birthday Adeeb 19 March 2014 hari tu. Happy Belated Birthday to me!

Tak sangka cepat masa berlalu.  Tetiba dah 24years Old. Hope not too young to have baby.
Pada tarikh ini Adeeb da pun masuk 27week and 1 Day which mean another 90days to go! Chaiyokkkk sweetie pie! Keep growing and be healthy!

Kebetulan pulak waktu birthday Adeeb tu memang ada appointment monthly check up di clinic.

So everytime Adeeb going for check up dorang akan print kan 1 copy 2D Ultrasound scan for me. So nampaklah sijantung hati anak umi sedang sibuk menendang. So far I have not done our 3D & 4D yet disebabkan kekangan masa Adeeb dan suami.

Kalau siapa-siapa ada info tentang clinic yang buat 3D & 4D area KL and Gombak, Please lemme know. Preferable kalau tak perlu buat appointment. Walk in je.
 





Okay yang atas ni, adalah scan yang pertama kami buat untuk check lil one. Masa ni, Adeeb and Husband tak berapa nak nampak sangat. Kat mana baby. But doctor ckp, Ni hah da ade baby! hahaha kompius aku. Tapi we all angguk je lah. Doctor lebih arif.




This photo was taken 03 February 2014 lebih kurang plus minus 4 month lah umur you, lil one. Nampak tak anak umi yang sorang ni? So small. But you are so active. during this time, Doktor Norliza, terkejut that you are so active. When she move the scanner to the right, you go left, When she go left, you go right. Main hide and seek with umi and baba ya sayang? you soooo notti ya.





Disebabkan awak active, Dr. Norliza keluarkan sekali gambar your leg. nampak tak atas ni? Amboiiii kemain ya anak umi ni. Semenjak tu, you memang active lah! Pendek kata, siang umi bangun, you da say 'Morning umi! Assalamualaikum baba! Lets go jogging!'

you akan jog sampai you letih. then you sleep. Bila tengahhari sikit, you akan main tenis. Umi rasa macam, Okay fine, anak umi tengah exercise. Bila petang sikit, you da start nak main football. tak pun swimming kot. kan baby? But I dont mind. Umi enjoy bila you move.

Bila malam menjelma, time ni, you da start dengar slow music. you gerak slow-slow. but sometime, umi cant sleep cause you keep on moving excitedly tell your baba your schedule of the day. 
Baba pun, 'Wow anak kita tendang lah umi!' 
Apologize him, he dont know that you are actually trying to communicate with him.
LOL







Okay, this is your latest photo! Jengjengjeng! you are big now honey!
Time ni, Bila Doctor kat Klinik Ibu dan Anak scan you, you haiyyyakkkk scanner doctor tu.
Umi rasa maybe you tengah exercise. Tapi doctor tu mesti rasa you tengah berlatih Kung fu time ni.
Sebab kemain you punya kick tu sayang. ;)

Okay lepas seminggu umi pergi scan you, 
Okay kali ni, pattern schedule you dah berubah, you active when umi tengah Free.
You understand umi better now ya? Sorry lil one, umi lil bit busy nowadays.

Tender and Quotation need me more.
But I never forget you, I know you trying to seek my attention sometime.
And trying to get my permission to move actively.

'Hello umi, boleh tak saya nak exercise?'
Lepas tu umi akan usap you to say YES!
Then baru you start Kick-ing me like non stop.

Ni pun waktu umi type ni, you tengah buat gymnastic kot.
rasenye mcm you pusing 360  degree to the left and right. Up side down. Fuhhhhhh

Fuhhhh Fuhhhh.
Oh ya, nenek belah umi and baba keep on asking us,
anak ni apa gender dia?
Umi tak nampak lagi your gender, but we prepare unisex punya barang.
Tak da pulak we all buy pink, takut haru jeee if you are a boy.
And we all pun xde barang blue, Kalau tak haru jeeee if you a girl.

hahahaha.
Okay lah sayang, umi nak start buat tender semula. Lunch hour dah habis.
Umi ada submission Monday ni. JKR & KWSP.
Big tender baby!
Wish us Luck!

Okay lah itu je buat masa ni.

See you later.



Love, Umi.






















Wednesday, March 26, 2014

JAUH

Source : Google





Aku seperti sebuah perhiasan,
Yang kau simpan, 
Yang kau pamer,
Di ruang luas terbentang dihadapan matamu.

Aku seperti sebuah arca,
Yang kau lukis, 
Yang kau hiasi indah,
Buat tatapan mata kasarmu.

Aku seperti sebuah boneka,
yang mungkin hanya mainan,
yang mungkin hanya teman sepi,
Yang tak pernah kau cuba kenali jauh disudut jiwamu.

Aku cuba mencari secubit pengertian,
Pengertian semua ini,
Mungkin aku antara arca kesukaanmu,
Walau dekat,
Tapi ternyata kita jauh.

Kau terlalu jauh untuk aku capai,
Kau mungkin mimpi dimalam hari,
Bila siang datang menjengah kau hilang,
Hilang jauh dari pandangan.

Aku sepi.
Aku sendiri.




 






















Tuesday, March 25, 2014

Ini Mungkin Yang Terakhir





Warkah ini aku tulis mungkin buat yang terakhir kalinya,
Aku tak pasti bila masaku akan tiba,
Hari ni hari aku diselubung duka,
Tapi bukan aku yang menerima tamparan ini,

Sahabat ditempat kerjaku baru sahaja kehilangan suami beliau,
Baru sekejap cuma bermadu kasih,
Zuriat masih kecil,
Tak pandai lagi menyebut papa,
Papa, papa, papa,
mampukah kau menghafal wajah papamu sayangku?
Sedih! Sayu hatiku!
Kalaulah aku ditempat beliau,
Allah, Allah, Allah!

Zuriat itu, 
apalah nasibnya,
Belum sempat lagi dimanjakan,
Bagaimanalah hidupnya nanti,
Saat orang bertanyakan mana papamu?
Apalah jawaban anak kecil itu?
Mungkin papa belum pulang kerja.
Allah, Allah, Allah.

Apa nasibnya sang isteri,
Semalam kita bersama,
Semalam baru ku peluk cium tangan itu,
mungkin harini, kulihat sekujur tubuhmu,
tak mampu pun nak menghulur mintak disalamkan pun.
  Mungkin ini kali terakhir kau tidak menciumku,
tapi aku menciummu buat kali terakhir kalinya.
Buat terakhir kalinya.
Belum puas aku bermadu kasih!

Semalam aku dapat mendengar suaramu,
biar tak merdu,
cukup buat sedap halwa telinga,
Semalam baru ku lihat wajah itu,
biar tak kacak, 
cukup buat menyedap mata memandang,
Semalam baru ku siapkan makan malam,
mungkin malam ini, 
masakanku tak dapat lagi dihidangkan dihadapanmu,
Allah, Allah, Allah.

Air mataku bergenang buat nasib seorang sahabat.

Entah kalau aku ditempatmu,
kuatkah aku?
kuatkah aku?
kuatkah aku?
berkali-kali soalan ini menerjah benak fikiranku.
Menggasak hebat emosi dan jiwaku,

kalau boleh ingin sahaja aku terbang ke pangkuan suami aku sendiri,
yang sedang sibuk mencari rezeki buatku,
ingin aku peluk cium beliau,
Aku tak mampu.
 Tak mampu kehilangan imamku sendiri.
Imamku masih disini, 
Didunia ini.

Tapi bagi imam sahabatku, mungkin kejap lagi,
jasad imamnya akan disemadikan.
Allah, Allah, Allah, 
pasrahkah atau redhakah beliau?
Tamparan ini beliau rasakan saat ini.
Nasibku? Siapalah yang tahu.


Hanya doa yang mampu ku kirimkan buat kamu.
Semoga kuat,
Semoga kuat demi zuriat mu dan beliau,
Kuatlah sahabat.








Yang benar.

Aku.







 





Friday, March 7, 2014

Sambungan Terselak Kertas Semalam



Bile aku mula kan satu cerita aku selalu tulis. semalam....yesterday. bukan niat aku membandingkan hari semalam dengan hari ini. tapi kenyataannya, memang hari semalam tidak sama dengan hari ini.

semalam, cerita ku sedih.
semalam, jalannya bahagia.
semalam, aku jatuh cinta,
semalam, hati aku punah,
semalam, indah-indah,
semalam, hancur kecewa,
semalam, senyum ketawa,
semalam, menangis hiba,
semalam, malam,
semalam, siang!


hmmm, aku bosan dengan jalan cerita yang sama. setiap kali ingin aku selak muka surat yang baru, kertas ku kosong. Bukan pen ku yang melakar cerita-cerita indah didunia. lalu ku biarkan hidup ini seolah sebatang tiang elektrik. tegak berdiri. menyalurkan tenaga elektrik ku pada yang memerlukan. bila angin meniup dapatku rasakan bayu. tetapi tidak ku sama berhayun seperti lalang. tidak aku gugur seperti daun kering. aku tetap berdiri. kaku.
kadang-kadang ku mahu tersungkur jatuh. berlari laju, melangkah setapak ku inginkan perasaan gembira ketawa terbahak-bahak. mahu juga menangis berguling-guling. tapi jiwa ku kosong. salah apa ya? keras benar. ingin ku ketuk-ketuk pintu gate hatiku. biar lentur. seperti rebung bukan buluh. tegas ingin ku lembut-lembutkan seperti adunan cheese cake. ketat seperti ingin ku longgarkan nat-nat supaya skru itu tidak mengetatkan emosi ku.
huh, hampa. bila aku jatuh aku tersungkur. ramai yang ketawa. aku masih duduk menanti tangan yang mahu menurunkan sikit kedudukannya biar setaraf dengan ku, bukan memberi bantuan atau simpati. hell, aku bencikan simpati, aku hanya mahukan erm erm erm...aku tidak mahukan apa-apa. hanya mahukan tangan yang dihulur membantuku berdiri dan bersedia melangkahkan kaki lalu menjadi dakwat hidup ku. kerana sebelum ini kertas ku kosong. dan aku mahu dia jadi dakwat ku, dan melakar sesuatu dikertas itu.
mungkin lakaran . . . [dot dot dot]  to be continue.... (Post April 11, 2009)




Mungkin lakaran itu lakaran bahagia, Mungkin lukisan itu lukisan indah dari sang rumi buat si juli. Mungkin juga lakaran itu hanya lakaran bayang-bayang yang makin dikejar makin menghilang. Aku keliru. Lalu ku biarkan lakaran ku terhenti bertahun-tahun lamanya untuk ku sambung semula.

Kini aku bersedia, Lebih bersedia untuk berkongsi lakaran yang telah lama aku simpan tergantung di ruang stor. Hampir berhabuk tapi masih kukuh dari serangan sang jiwa-jiwa kacau. aku keluarkan lakaran yang terhenti itu. Aku selak ia. aku ambil semula warna-warna kehidupan ku. ku hidupkan warna dengan siraman air cinta.

Hampir lima tahun lakaran ini terhenti. aku angkat berus lukisan yang masih lagi boleh digunakan. ku celup ia dengan warna hijau, segar. Sesegar cinta ku. Aku sambung kan lakaran itu dengan cerita tangan lelaki itu. Dia lelaki yang sanggup menurunkan sedikit egonya, menghulurkan tangannya yang sasa padaku, membantu aku bangun dari kecewa. Dia mahu melangkah denganku. Aku sambut dengan seribu tanda tanya. Kerana aku pasti kalau sudah jodoh biar beribu langkah aku lari, Ia tetap akan menghampiri. jadi 'Aku terima Nikahnya'.

Kini, aku celup pula berus itu dengan warna kuning. aku lakar pula cerita lelaki itu telah menaikkan martabatku menjadi isteri. aku lakar dengan warna merah, semerah cinta kami yang berputik membara. aku lukis sang juli dan rumi yang berjanji sehidup semati, bahagia dan duka bersama. Aku lakar juga sedikit duka kerana hidup tak selalu indah. Ini bukan kisah Cinderella dan sang Putra Raja kacak. Ini kisah hidup realiti pasti ada duka dan luka. Kisah Juli yang kehilangan zuriat pertamanya. Tak mungkin aku lupa. titik jernih menjurai dari mata. warna biru-biru jernih aku hentikan seketika.

Aku ingin habiskan lakaran itu. Tapi aku tahu ia masih lagi belum sempurna. Aku mahu berhenti lagi melakar. Aku hanya manusia biasa. Aku tak bisa tahu apa  akan terjadi esok lusa. Aku biarkan lagi ia terhenti hingga disini.

Kalau aku sudah tahu lakaran seterusnya aku akan sambung.....




Yang Benar,

Blog Owner.











Tuesday, March 4, 2014

Mom-To-Be Checklist










Hello Visitor, Good day to you. Hari ni Adeeb nak share sikit persiapan untuk menjadi seorang ibu. I'm going to be mother soon. So banyaklah persiapan yang nak dibuat ni. Jadinya harini Adeeb nak share sikit few checklist yang new mom to be must have. Fuuuuhhhh mengigil nak share ni. Sebab Adeeb rasa banyak lagi yang belum di grab for lil one. Oh My, Let's start!

On-The-Go 
Infant car seat (carrier) - Done
Stroller/Travel System - Done
Front carrier or backpack  - 

Beds and linens
For this I beli one set Brand Baby Love. Mudah dan settle!
Pillow - Done
Bolster - Done
Comforter -  Done
Mattress - Done
Two to three fitted crib sheets - Done
Four or more receiving blankets for swaddling baby - Done
Waterproof crib liners - Done
Nursing Pillow - Done


Diaper Duty
Diapers -
Baby wipes - Done
Diaper pail -
Diaper bag - Done Simple Dimple XL Diapers Bag

Clothing
Sleeping outfits -
Onesies - Done
Small baby cap -
Socks/booties -
Soft, comfortable daytime outfits -

Feeding Time
If you're planning to breast-feed: 

Nursing bras and pads - Done
Breast pump - Done Tommee Tippee
Bottles equipped with newborn nipples - Done Tommee Tippee
Bottle brush - Done
Cloth diapers or burp cloths - Done
Sterilizer - Done Tommee Tippee Steriliser

Bath Time
Plastic infant bathtub - Done will be using bathtub age 14years old. Masih lagi in good condition.
Soft hooded towels - Done
Baby washcloths - Done
Baby body wash that doubles as shampoo -
Pair of blunt-tip scissors or baby-sized nail clippers -
Soft brush and comb -
Baby lotion -
Natural baby oil -
Digital Thermometer - Done


Keeping Baby Happy
Pacifiers - Not sure about this. haven't decide on this. Xmahu dia bergantung dengan pacifiers.

Okaylah. Adeeb rasa ini sahajalah buat masa ni. Im sure banyak lagi barang yang adeeb tak list kat sini. Itu tak apa. soon Adeeb akan hupdate untuk next entry. 

Bila tengok balik checklist ni, baru sedar. Rupanya barang baby ni, nak get ready macam waktu kita nak kahwin-kahwin dulu. Haaaaa bagi yang mahu mendirikan rumah tangga tu, mungkin checklist yang ini lebih sesuai untuk anda : http://adibahrisha.blogspot.com/p/wedding-checklist.html

Alright semua, masa untuk keluar dari blog. Will update soon. Bye Semua.

Assalamualaikum.

Yang Benar,
Mommy-To-Be
AdibahRisha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...