Tuesday, March 25, 2014

Ini Mungkin Yang Terakhir





Warkah ini aku tulis mungkin buat yang terakhir kalinya,
Aku tak pasti bila masaku akan tiba,
Hari ni hari aku diselubung duka,
Tapi bukan aku yang menerima tamparan ini,

Sahabat ditempat kerjaku baru sahaja kehilangan suami beliau,
Baru sekejap cuma bermadu kasih,
Zuriat masih kecil,
Tak pandai lagi menyebut papa,
Papa, papa, papa,
mampukah kau menghafal wajah papamu sayangku?
Sedih! Sayu hatiku!
Kalaulah aku ditempat beliau,
Allah, Allah, Allah!

Zuriat itu, 
apalah nasibnya,
Belum sempat lagi dimanjakan,
Bagaimanalah hidupnya nanti,
Saat orang bertanyakan mana papamu?
Apalah jawaban anak kecil itu?
Mungkin papa belum pulang kerja.
Allah, Allah, Allah.

Apa nasibnya sang isteri,
Semalam kita bersama,
Semalam baru ku peluk cium tangan itu,
mungkin harini, kulihat sekujur tubuhmu,
tak mampu pun nak menghulur mintak disalamkan pun.
  Mungkin ini kali terakhir kau tidak menciumku,
tapi aku menciummu buat kali terakhir kalinya.
Buat terakhir kalinya.
Belum puas aku bermadu kasih!

Semalam aku dapat mendengar suaramu,
biar tak merdu,
cukup buat sedap halwa telinga,
Semalam baru ku lihat wajah itu,
biar tak kacak, 
cukup buat menyedap mata memandang,
Semalam baru ku siapkan makan malam,
mungkin malam ini, 
masakanku tak dapat lagi dihidangkan dihadapanmu,
Allah, Allah, Allah.

Air mataku bergenang buat nasib seorang sahabat.

Entah kalau aku ditempatmu,
kuatkah aku?
kuatkah aku?
kuatkah aku?
berkali-kali soalan ini menerjah benak fikiranku.
Menggasak hebat emosi dan jiwaku,

kalau boleh ingin sahaja aku terbang ke pangkuan suami aku sendiri,
yang sedang sibuk mencari rezeki buatku,
ingin aku peluk cium beliau,
Aku tak mampu.
 Tak mampu kehilangan imamku sendiri.
Imamku masih disini, 
Didunia ini.

Tapi bagi imam sahabatku, mungkin kejap lagi,
jasad imamnya akan disemadikan.
Allah, Allah, Allah, 
pasrahkah atau redhakah beliau?
Tamparan ini beliau rasakan saat ini.
Nasibku? Siapalah yang tahu.


Hanya doa yang mampu ku kirimkan buat kamu.
Semoga kuat,
Semoga kuat demi zuriat mu dan beliau,
Kuatlah sahabat.








Yang benar.

Aku.







 





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...