Wednesday, March 26, 2014

JAUH

Source : Google





Aku seperti sebuah perhiasan,
Yang kau simpan, 
Yang kau pamer,
Di ruang luas terbentang dihadapan matamu.

Aku seperti sebuah arca,
Yang kau lukis, 
Yang kau hiasi indah,
Buat tatapan mata kasarmu.

Aku seperti sebuah boneka,
yang mungkin hanya mainan,
yang mungkin hanya teman sepi,
Yang tak pernah kau cuba kenali jauh disudut jiwamu.

Aku cuba mencari secubit pengertian,
Pengertian semua ini,
Mungkin aku antara arca kesukaanmu,
Walau dekat,
Tapi ternyata kita jauh.

Kau terlalu jauh untuk aku capai,
Kau mungkin mimpi dimalam hari,
Bila siang datang menjengah kau hilang,
Hilang jauh dari pandangan.

Aku sepi.
Aku sendiri.




 






















No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...