Friday, March 7, 2014

Sambungan Terselak Kertas Semalam



Bile aku mula kan satu cerita aku selalu tulis. semalam....yesterday. bukan niat aku membandingkan hari semalam dengan hari ini. tapi kenyataannya, memang hari semalam tidak sama dengan hari ini.

semalam, cerita ku sedih.
semalam, jalannya bahagia.
semalam, aku jatuh cinta,
semalam, hati aku punah,
semalam, indah-indah,
semalam, hancur kecewa,
semalam, senyum ketawa,
semalam, menangis hiba,
semalam, malam,
semalam, siang!


hmmm, aku bosan dengan jalan cerita yang sama. setiap kali ingin aku selak muka surat yang baru, kertas ku kosong. Bukan pen ku yang melakar cerita-cerita indah didunia. lalu ku biarkan hidup ini seolah sebatang tiang elektrik. tegak berdiri. menyalurkan tenaga elektrik ku pada yang memerlukan. bila angin meniup dapatku rasakan bayu. tetapi tidak ku sama berhayun seperti lalang. tidak aku gugur seperti daun kering. aku tetap berdiri. kaku.
kadang-kadang ku mahu tersungkur jatuh. berlari laju, melangkah setapak ku inginkan perasaan gembira ketawa terbahak-bahak. mahu juga menangis berguling-guling. tapi jiwa ku kosong. salah apa ya? keras benar. ingin ku ketuk-ketuk pintu gate hatiku. biar lentur. seperti rebung bukan buluh. tegas ingin ku lembut-lembutkan seperti adunan cheese cake. ketat seperti ingin ku longgarkan nat-nat supaya skru itu tidak mengetatkan emosi ku.
huh, hampa. bila aku jatuh aku tersungkur. ramai yang ketawa. aku masih duduk menanti tangan yang mahu menurunkan sikit kedudukannya biar setaraf dengan ku, bukan memberi bantuan atau simpati. hell, aku bencikan simpati, aku hanya mahukan erm erm erm...aku tidak mahukan apa-apa. hanya mahukan tangan yang dihulur membantuku berdiri dan bersedia melangkahkan kaki lalu menjadi dakwat hidup ku. kerana sebelum ini kertas ku kosong. dan aku mahu dia jadi dakwat ku, dan melakar sesuatu dikertas itu.
mungkin lakaran . . . [dot dot dot]  to be continue.... (Post April 11, 2009)




Mungkin lakaran itu lakaran bahagia, Mungkin lukisan itu lukisan indah dari sang rumi buat si juli. Mungkin juga lakaran itu hanya lakaran bayang-bayang yang makin dikejar makin menghilang. Aku keliru. Lalu ku biarkan lakaran ku terhenti bertahun-tahun lamanya untuk ku sambung semula.

Kini aku bersedia, Lebih bersedia untuk berkongsi lakaran yang telah lama aku simpan tergantung di ruang stor. Hampir berhabuk tapi masih kukuh dari serangan sang jiwa-jiwa kacau. aku keluarkan lakaran yang terhenti itu. Aku selak ia. aku ambil semula warna-warna kehidupan ku. ku hidupkan warna dengan siraman air cinta.

Hampir lima tahun lakaran ini terhenti. aku angkat berus lukisan yang masih lagi boleh digunakan. ku celup ia dengan warna hijau, segar. Sesegar cinta ku. Aku sambung kan lakaran itu dengan cerita tangan lelaki itu. Dia lelaki yang sanggup menurunkan sedikit egonya, menghulurkan tangannya yang sasa padaku, membantu aku bangun dari kecewa. Dia mahu melangkah denganku. Aku sambut dengan seribu tanda tanya. Kerana aku pasti kalau sudah jodoh biar beribu langkah aku lari, Ia tetap akan menghampiri. jadi 'Aku terima Nikahnya'.

Kini, aku celup pula berus itu dengan warna kuning. aku lakar pula cerita lelaki itu telah menaikkan martabatku menjadi isteri. aku lakar dengan warna merah, semerah cinta kami yang berputik membara. aku lukis sang juli dan rumi yang berjanji sehidup semati, bahagia dan duka bersama. Aku lakar juga sedikit duka kerana hidup tak selalu indah. Ini bukan kisah Cinderella dan sang Putra Raja kacak. Ini kisah hidup realiti pasti ada duka dan luka. Kisah Juli yang kehilangan zuriat pertamanya. Tak mungkin aku lupa. titik jernih menjurai dari mata. warna biru-biru jernih aku hentikan seketika.

Aku ingin habiskan lakaran itu. Tapi aku tahu ia masih lagi belum sempurna. Aku mahu berhenti lagi melakar. Aku hanya manusia biasa. Aku tak bisa tahu apa  akan terjadi esok lusa. Aku biarkan lagi ia terhenti hingga disini.

Kalau aku sudah tahu lakaran seterusnya aku akan sambung.....




Yang Benar,

Blog Owner.











No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...